Kebab Daging
Posted in : Makanan Barat on by : Nor Rabiatul Adawiyah
Kebab Daging adalah antara hidangan yang menjadi kegemaran ramai kerana kelazatannya dan penyediaannya yang mudah. Di sini, kami kongsikan resepi Kebab Daging yang ringkas dan mudah untuk rujukan anda semua.
Bahan Masakan
- 1 Paket Roti Pita Mission
- 1 Paket Daging Burger Lembu Ramly (dicincang)
- 1 Biji Bawang Besar (dipotong dadu)
- 1/2 Biji Lobak Merah (dipotong dadu)
- 1/2 Biji Timun (dipotong dadu)
- 1 Biji Tomato (dipotong dadu)
- 1/2 Sudu Kecil Lada Hitam
- 1 Sudu Besar Sos Tiram
- 1 Sudu Besar Sos Cili
- Mayonis secukupnya
- Daun Salad secukupnya
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya
- Minyak Masak secukupnya
Cara Penyediaan Kebab Daging
- Bakar roti pita seketika di atas pan dengan menggunakan api sederhana.
- Panaskan minyak masak dan tumis bawang besar sehingga naik bau. Kemudian, masukkan daging burger yang siap dicincang. Masak sehingga daging menjadi separuh masak.
- Masukkan lobak merah, timun bersama sos tiram, sos cili dan sedikit air. Gaul rata dan masak sehingga kuah menjadi pekat sedikit.
- Masukkan lada hitam dan tomato. Sekiranya perlu, masukkan sedikit garam, kemudian gaul shingga sebati. Masak sehingga kuah menjadi pekat. Siap untuk dihidang.
- Belahkan bahagian tengah roti pita yang siap dibakar, kemudian letak daun salad, inti kebab, dan sedikit mayonis di bahagian tengah roti. Cara hiasan adalah bergantung kepada citarasa anda.
- Siap untuk dimakan.
Resepi Kebab Daging ini amatlah mudah dan penyediaannya tidak memerlukan masa yang lama. Tambahan pula, bahan masakan yang diperlukan tidaklah begitu banyak. Anda boleh mecuba resepi ini sebagai hidangan minum pagi mahupun minum petang yang mana pasti ianya membuka selera semua ahli keluarga anda. Selamat mencuba. Untuk menu seterusnya, kami telah menyediakan resepi Murtabak Daging yang enak untuk anda semua.
Minat makan, mendorong penulis kepada minat memasak.
Mencuba dan mengolah resipi, seterusnya menulis resipi masakan yang enak untuk dikongsi.