Berbuka Puasa Secara Sihat
Posted in : Pemakanan Sihat on by : Nor Rabiatul Adawiyah
Berbuka puasa secara sihat adalah amalan pemakanan terbaik yang boleh diamalkan sepanjang bulan puasa iaitu bulan Ramadhan. Halaman ini menyediakan panduan berbuka puasa secara sihat yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM.
Panduan Berbuka Puasa Secara Sihat
Berikut dikongsikan beberapa panduan yang disarankan oleh KKM semasa berbuka puasa.
- Mulakan dengan mengambil makanan yang ringkas. Contohnya: 3 biji kurma dan segelas air kosong.
- Besederhana dan jangan makan berlebihan mengikut nafsu.
- Ikut sukatan makanan yang betul. #sukusukuseparuh
- Kurangkan makanan berlemak, tinggi garam dan gula.
Untuk mendapatkan maklumat dan panduan lebih lanjut berkaitan panduan berbuka puasa secara sihat atau amalan pemakanan secara sihat, anda disarankan untuk mendapatkannya di portal rasmi KKM.
Minat makan, mendorong penulis kepada minat memasak.
Mencuba dan mengolah resipi, seterusnya menulis resipi masakan yang enak untuk dikongsi.