Ikan Masak Lemak Cili Api
Posted in : Makanan Kampung on by : Nor Rabiatul Adawiyah
Ikan Masak Lemak Cili Api adalah masakan kampung melayu yang selalu dijadikan hidangan tengahari mahupun malam yang mana ianya mudah untuk disediakan dan sangat menyelerakan. Melalui ruangan ini, kami kongsikan panduan memasak ikan talapia lemak cili api untuk rujukan anda.
Bahan Masakan A
- 4 Ekor Ikan Talapia
- 2 Biji Mangga Muda (dibelah 4 setiap 1)
- 2 Helai Daun Kunyit (dibelah 2 setiap sehelai)
- 1 Sudu Kecil Serbuk Kunyit
- 500ml Santan Kelapa (Bahagikan kepada dua bahagian: santan pekat dan santan cair (campuran air dan santan))
- Garam secukup rasa
Bahan Masakan B
Semua bahan masakan B tersebut perlu dikisar halus terlebih dahulu sebelum mula memasak.
- 3 Biji Bawang Besar
- 2 Ulas Bawang Putih
- 20 Biji Cili Padi
Cara Penyediaan Ikan Masak Lemak Cili Api
- Cuci bersih dan kelar bahagian badan ikan talapia tersebut.
- Masuk semua ikan yang telah dibersih, bahan masakan yang dikisar, serbuk kunyit, mangga muda dan santan cair ke dalam periuk.
- Reneh semua bahan masakan tersebut sehingga mendidih.
- Masuk santan pekat, daun kunyit dan garam secukup rasa ke dalam renehan tersebut. Gaul sehingga sebati dan reneh sehingga mendidih. Sentiasa gaul untuk mengelakkan kuah santan menjadi pecah.
- Siap untuk dihidang dan makan
Penyediaan ikan talapia lemak cili api ini sesuai untuk dijamukan kepada 3 hingga 4 orang tetamu. Sekiranya anda menyukai resipi ini, pastinya anda juga akan menyukai resipi ayam masak lemak cili padi untuk dijadikan menu hidangan pada masa akan datang.
Minat makan, mendorong penulis kepada minat memasak.
Mencuba dan mengolah resipi, seterusnya menulis resipi masakan yang enak untuk dikongsi.