Siput Sedut Masak Lemak Cili Api
Posted in : Makanan Kampung on by : Nor Rabiatul Adawiyah
Siput Sedut Masak Lemak Cili Api adalah salah satu hidangan tengahari yang mudah disediakan dan lazat yang pastinya menjadi kegemaran bagi setiap orang. Di halaman ini, kami kongsikan cara-cara memasak siput sedut lemak cili api untuk rujukan anda. Selamat mencuba.
Bahan Masakan A
- 1kg Siput Sedut (dipotong hujungnya)
- 2 Batang Serai (diketuk)
- 1 Helai Daun Kunyit (dibelah 2)
- 1 Sudu Kecil Serbuk Kunyit
- 500ml Santan Kelapa (Bahagikan kepada dua bahagian: santan pekat dan santan cair (campuran air dan santan))
- Garam secukup rasa
Bahan Masakan B
Semua bahan masakan B tersebut perlu dikisar halus terlebih dahulu sebelum mula memasak.
- 3 Biji Bawang Besar
- 2 Ulas Bawang Putih
- 20 Biji Cili Padi
Cara Penyediaan Siput Sedut Masak Lemak Cili Api
- Potong bahagian hujung siput sedut dan cuci bersih.
- Masuk semua siput sedut yang telah dibersih, bahan masakan yang dikisar, serbuk kunyit dan santan cair ke dalam periuk.
- Reneh semua bahan masakan tersebut sehingga mendidih.
- Masuk santan pekat, daun kunyit dan garam secukup rasa ke dalam renehan tersebut. Gaul sehingga sebati dan reneh sehingga mendidih. Sentiasa gaul untuk mengelakkan kuah santan menjadi pecah.
- Siap untuk dihidang dan makan
Penyediaan siput sedut lemak cili api ini amatlah mudah dan tentunya tidak mengambil masa yang begitu lama. Penyediaan hidangan ini juga sesuai untuk dijamukan kepada 2 hingga 3 orang tetamu. Melalui kualisudip.com ini, anda juga boleh menikmati pelbagai koleksi hidangan tengahari yang lain seperti ayam masak lemak cili padi untuk hidangan yang akan datang.
Minat makan, mendorong penulis kepada minat memasak.
Mencuba dan mengolah resipi, seterusnya menulis resipi masakan yang enak untuk dikongsi.