Ayam Masak Lemak Cili Padi
Posted in : Makanan Kampung on by : Nor Rabiatul Adawiyah
Ayam Masak Lemak Cili Padi adalah hidangan kampung yang selalu menjadi pilihan hampir semua keluarga. Hidangan ini bukan sahaja mudah disediakan malah ianya sangat lazat untuk dinikmati. Halaman ini akan berkongsi panduan penyediaan hidangan ayam masak lemak cili padi untuk rujukan semua.
Bahan Masakan A
- 1 Ekor Ayam (dipotong 16)
- 2 Batang Serai (diketuk)
- 2 Biji Tomato (dibelah 4 setiap 1)
- 4 Biji Kentang (dibelah 4 setiap 1)
- 2 Helai Daun Kunyit (dibelah 2 setiap sehelai)
- 1 Sudu Kecil Serbuk Kunyit
- 500ml Santan Kelapa (Bahagikan kepada dua bahagian: santan pekat dan santan cair (campuran air dan santan))
- Garam secukup rasa
Bahan Masakan B
Semua bahan masakan B tersebut perlu dikisar halus terlebih dahulu sebelum mula memasak.
- 3 Biji Bawang Besar
- 2 Ulas Bawang Putih
- 20 Biji Cili Padi
- 1 Inci Halia
Cara Penyediaan Ayam Masak Lemak Cili Padi
- Cuci bersih ayam dan potong dalam saiz yang kecil.
- Masuk semua ayam yang telah dibersih, bahan masakan yang dikisar, serai yang telah diketuk, serbuk kunyit, kentang dan santan cair ke dalam periuk.
- Reneh semua bahan masakan tersebut sehingga ayam dan kentang cukup empuk.
- Masuk santan pekat, tomato, daun kunyit dan garam secukup rasa ke dalam renehan tersebut. Gaul sehingga sebati dan reneh sehingga mendidih. Sentiasa gaul untuk mengelakkan kuah santan menjadi pecah.
- Siap untuk dihidang dan makan.
Resepi ayam lemak cili padi ini sesuai untuk dihidangkan pada bila- bila masa dengan jumlah hidangan 3 hingga 4 orang tetamu. Hidangan masak lemak cili padi ini boleh dipelbagaikan mengikut citarasa seseorang. Jadi, anda tentunya akan menyukai resepi ikan masak lemak cili api untuk hidangan pada masa akan datang.
Minat makan, mendorong penulis kepada minat memasak.
Mencuba dan mengolah resipi, seterusnya menulis resipi masakan yang enak untuk dikongsi.