Popia Nestum (Cereal Segera)
Posted in : Kerepek on by : Nor Rabiatul Adawiyah
Popia Nestum adalah sejenis kerepek raya yang popular di Malaysia. Ia terdiri daripada gulungan kulit popia yang telah digoreng dan disaluti dengan campuran serbuk Nestum / Cereal Segera bersama gula. Nestum adalah sejenis cereal yang dikeluarkan oleh Nestlé, dan sering digunakan dalam pelbagai resipi di Malaysia. Namun, pada kali ini, kita akan menggunakan cereal segera dalam resepi ini. Rasanya akan hampir sama dengan rasa Popia Nestum sedia ada, dengan sedikit kelainan yang mungkin tidak terlalu ketara.
Bahan Masakan
- 1 Paket Popia Kulit Tawar (dipotong dua bahagian setiap helaian)
- 1 Cawan Cereal Segera (sangai seketika untuk tekstur yang rangup)
- 1/2 Cawan Horlick
- 2/3 Cawan Gula Kastor
- Minyak Masak Secukupnya
- 2 Sudu Kecil Tepung Gandum (dibancuh bersama sedikit air)
Cara Penyediaan Popia Nestum (Cereal Segera)
- Potong kulit popia kepada dua bahagian bagi setiap helaian.
- Gulung kulit popia menggunakan straw dan lekatkan hujungnya menggunakan bancuhan tepung yang telah disediakan.
- Potong gulungan popia kepada saiz kecil atau mengikut citarasa anda, kemudian goreng seketika dalam masa 30 saat.
- Selepas masak, angkat dan sejukkan kulit popia sebentar.
- Kisar hancur cereal segera yang siap disangai bersama horlick dan gula kastor.
- Gaul kulit popia yang telah digoreng bersama campuran cereal segera, horlick, dan gula kastor.
- Kerepek Popia Nestum (Cereal Segera) anda kini siap untuk dihidangkan pada Hari Raya!
Selamat mencuba dan selamat menyambut Hari Raya! Untuk resepi seterusnya, mari kita buat kerepek popia sira pula.
Minat makan, mendorong penulis kepada minat memasak.
Mencuba dan mengolah resipi, seterusnya menulis resipi masakan yang enak untuk dikongsi.