Asam Pedas Ikan Sardin
Posted in : Makanan Kampung on by : Nor Rabiatul Adawiyah
Asam Pedas Ikan Sardin adalah masakan kampung yang terkenal di negeri Melaka Bandaraya Bersejarah yang mana ianya merupakan salah satu kepelbagaian dalam menu masakan asam pedas. Hidangan ini memang menyelerakan dan penyediaannya pula mudah. Berikut dikongsikan cara-cara penyediaan asam pedas sardin yang mudah dan ringkas bagi rujukan semua.
Bahan Masakan A
- 2 Tin Ikan Sardin Saiz Sederhana
- 1 Inci Halia (diketuk)
- 3 Tangkai Daun Kari
- 2 Biji Tomato (dibelah 4 setiap 1)
- 3 Keping Asam Gelugur
- Minyak Masak secukupnya
Bahan Masakan B
Semua bahan masakan B tersebut perlu dikisar halus terlebih dahulu sebelum mula memasak.
- 3 Biji Bawang Merah
- 3 Ulas Bawang Putih
- Cili Kering secukupnya (Direbus)
- 1/2 Inci Kunyit Hidup
Cara Penyediaan Asam Pedas Ikan Sardin
- Panas minyak masak dan mula menumis bahan masakan B yang siap dikisar dengan daun kari dan halia sehingga naik minyak dan wangi.
- Masuk ikan sardin bersama asam gelugur dan garam secukupnya. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih.
- Masuk tomato dan tutup api.
- Siap untuk dihidang dan makan.
Resepi asam pedas sardin ini sesuai untuk dijadikan hidangan tengahari mahupun malam dengan jumlah hidangan 3 hingga 4 orang. Penyediaan hidangan ini lebih lazat sekiranya anda menggunkan ikan sardin jenama Ayam Brand kerana isi ikan dan sos yang sedap. Untuk merasai kepelbagaian dalam menu masakan asam pedas, anda juga boleh mencuba resepi asam pedas sotong untuk masakan pada masa akan datang.
Minat makan, mendorong penulis kepada minat memasak.
Mencuba dan mengolah resipi, seterusnya menulis resipi masakan yang enak untuk dikongsi.