Donat Susu Khairul Aming
Posted in : Kuih Muih on by : Nor Rabiatul Adawiyah
Donat Susu Khairul Aming. Donat adalah snek yang popular di Malaysia, dan ianya boleh dibuat dengan pelbagai perisa dan inti. Antara jenis donat yang biasa ditemui di Malaysia termasuklah donat coklat, donut krim, donut kaya,
donut gula merah, donat red velvet dan donut pandan. Kali ini, kualisudip.com akan berkongsi resepi donut susu Khairul Aming yang viral untuk anda semua.
Bahan Masakan
- 1 Peket Yis
- 6 Sudu Besar Susu Pekat Manis
- 1 Biji Telur
- 1/2 Sudu Kecil Garam
- 3 Sudu Teh Marjerin
- 4 Cawan Tepung Gandum
- 1 Cawan Susu Tepung
- 1 Cawan Gula Icing
- 1 1/4 Cawan Air suam
- Minyak Masak secukupnya
Cara Penyediaan Donat Susu Khairul Aming
- Dalam sebuah mangkuk, campurkan air suam, susu pekat manis dan yis. Gaul ratakan dan tunggu dalam 5 minit atau sehingga yis kembang.
- Masukkan telur dan garam ke dalam bancuhan yis tadi dan gaul ratakan.
- Dalam sebuah mangkuk besar, campurkan tepung gandum, marjerin bersama bancuhan yis tadi. Adun sehingga terbentuk doh (doh agak sedikit basah).
- Tutup doh dengan plastic wrap dan biarkan ia kembang selama 45 minit.
- Apabila doh sudah naik, tumbuk doh sedikit bagi mengeluarkan angin di dalam doh tersebut. Kemudian, uli sekejap bersama sedikit tepung.
- Ratakan doh dan terap menggunakan acuan donat. Susun dan biarkan donat seketika selama 15 minit.
- Panaskan minyak dalam kuali yang dalam dan besar di atas api perlahan.
- Apabila minyak telah panas, goreng donat hingga nampak kuning keemasan. Angkat donat dari minyak dan toskan minyak berlebihan pada tisu dapur.
- Sejukkan donat, kemudian dalam satu mangkuk, campurkan susu tepung dengan gula icing. Salut donat dengan campuran tersebut.
- Siap untuk dihidang dan dimakan.
Resepi donut susu Khairul Aming ini akan menghasilkan donat susu yang gebu dan lembut di dalam dengan rasa manis berlemak yang sedap. Anda juga boleh menggunakan taburan hiasan lain untuk memberikan rasa yang lebih menarik. Selamat mencuba!
Untuk menu seterusnya, kualisudip.com telah menyediakan resepi Cucur Kelapa untuk anda semua.
Minat makan, mendorong penulis kepada minat memasak.
Mencuba dan mengolah resipi, seterusnya menulis resipi masakan yang enak untuk dikongsi.