Asam Pedas Ikan

Posted in : Makanan Kampung on by : Nor Rabiatul Adawiyah

Asam Pedas Ikan adalah masakan kampung melayu melaka yang kebiasaannya menjadi pilihan orang ramai untuk hidangan tengahari mahupun malam. Panduan penyediaan asam pedas ini adalah seperti berikut.

Bahan Masakan A

  • 4 Ekor Ikan Kembung
  • 3 Tangkai Daun Kari
  • 6 Biji Bendi
  • Air Asam Jawa secukupnya
  • Minyak Masak secukupnya

Bahan Masakan B

Semua bahan masakan B tersebut perlu dikisar halus terlebih dahulu sebelum mula memasak.

  • 3 Biji Bawang Merah
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • Cili Kering secukupnya (Direbus)
  • 1/2 Inci Kunyit Hidup

Cara Penyediaan Asam Pedas Ikan

  1. Cuci bersih ikan dan tuskan.
  2. Panas minyak masak dan mula menumis bahan masakan B yang siap dikisar dengan daun kari sehingga naik minyak dan wangi.
  3. Masuk air asam jawa, bendi dan garam secukupnya. Tambah sedikit air masak jika perlu. Masak sehingga mendidih.
  4. Masuk ikan yang siap disiang ke dalam didihan tersebut sehingga ikan dan bendi cukup masak.
  5. Siap untuk dihidang dan makan.

Resepi ini sesuai untuk dijadikan menu makanan harian dengan jumlah hidangan sebanyak 3 hingga 4 orang. Cara penyediaannya pula amatlah mudah dan tidak mengambil masa yang lama. Ikan masak asam pedas ini boleh juga dicuba dengan menggunakan pelbagai jenis ikan yang bersesuaian. Untuk merasai kepelbagaian dalam menu masakan asam pedas, anda juga boleh mencuba resepi asam pedas daging pula. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *