UtamaResepi Makanan Kampung Resepi Ayam Masak Merah

Resepi Ayam Masak Merah

Posted in : Makanan Kampung on by : Nor Rabiatul Adawiyah

Ayam Masak Merah adalah salah satu hidangan yang sedap dimakan bersama Nasi Briyani. Hidangan ini tidak susah untuk disediakan dan tentunya tidak mengambil masa yang lama dalam penyediaannya. Halaman ini menyediakan resepi Ayam Masak Merah yang mudah dan ringkas untuk rujukan anda semua.

Bahan Masakan

  • 1 1/2 Ekor Ayam
  • 2 Biji Bawang Besar (1 biji dikisar halus, 1 biji dihiris)
  • 4 Biji Bawang Merah (dikisar halus)
  • 5 Ulas Baaang Putih (dikisar halus)
  • 2 Inci Halia (dikisar halus)
  • 2 Inci Lengkuas (dikisar halus)
  • 2 Batang Serai (dikisar halus)
  • 2 Biji Tomato (dibelah 4 setiap 1)
  • 1/3 Tin Puri Tomato
  • 3 Paket Perencah Ayam Masak Merah Maggi
  • 1 Senduk Cili Kisar
  • Serbuk Kunyit secukupnya
  • Garam dan Gula secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Minyak Masak secukupnya

Resepi Ayam Masak Merah – Cara Penyediaan

  1. Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit, garam dan air secukupnya.
  2. Panaskan minyak dan gorengkan ayam yang siap digaul kunyit sehingga separuh masak. Setelah siap, angkat dan toskan minyaknya.
  3. Dengan menggunakan separuh dari minyak gorengan tadi, tumiskan semua bahan yang dikisar termasuk cili kisar. Tumis sehingga sambal cukup masak dan pecah minyak.
  4. Bancuh perencah masak merah maggi bersama air sebanyak 300ml, kemudian masukkan dalam tumisan tadi. Gaul sehingga rata semua bahan. Masak sehingga wangi.
  5. Masukkan Puri Tomato ke dalam masakan tersebut dan gaul sehingga rata. Masak sehingga mendidih.
  6. Masukkan ayam yang siap digoreng ke dalam sambal tersebut. Masak sehingga ayam menjadi cukup masak.
  7. Masukkan garam dan gula secukup rasa bersama hirisan bawang dan tomato yang siap dibelah. Masak sehingga bawang menjadi layu.
  8. Siap untuk dihidang dan dimakan.

Resepi Ayam Masak Merah ini sangat mudah untuk disediakan dan ianya sesuai untuk dihidangkan kepada 8 hingga 9 orang tetamu. Untuk melengkapkan hidangan ini, anda boleh memasaknya bersama Nasi Briyani Ayam dan Acar Timun dan Nenas (Trancam). Selamat Mencuba.

TIPS untuk mendapatkan sambal tumis yang lazat: Bahan-bahan yang hendak ditumis perlu dimasak dalam minyak yang banyak dan ditumis sehingga warna sambal berubah menjadi lebih gelap, serta minyak terpisah dari kuah sambal. Ini boleh dilihat dengan memastikan minyak terapung dan sambal tumis berada di bawah. Ini merupakan tanda bahawa semua bahan yang dikisar, terutamanya cili, sudah masak dengan sempurna dan akan menghasilkan sambal tumis yang sedap. Sekiranya kuah sambal terlalu kering, tambahkan sedikit air dan kacau supaya kuah sambal tidak hangus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *