UtamaResepi Makanan Kampung Ayam Masak Sambal Hijau

Ayam Masak Sambal Hijau

Posted in : Makanan Kampung on by : Nor Rabiatul Adawiyah

Ayam Masak Sambal Hijau adalah hidangan kampung melayu yang selalu menjadi kegemaran semua. Hidangan ini tidak sahaja mudah disediakan malah ianya sangat sedap untuk dijamu. Di sini, kami kongsikan resepi ringkas dan mudah ayam masak sambal hijau untuk anda mencuba.

Bahan Masakan

  • 1/2 Ekor Ayam (dipotong ke dalam saiz kecik)
  • 2 Batang Serai (diketuk)
  • 1 Biji Bawang Besar (dikisar halus)
  • 5 Biji Bawang Merah (dikisar halus)
  • 3 Ulas Bawang Putih (dikisar halus)
  • 10 Biji Cili Besar Hijau (dikisar halus)
  • 10 Biji Cili Padi Hijau (dikisar halus)
  • 1 Inci Halia (dikisar halus)
  • 2 Biji Limau Kasturi
  • Minyak Masak secukupnya
  • Kunyit secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan Ayam Sambal Hijau

  1. Gorengkan semua ayam dengan sedikit kunyit dan garam sehingga separuh masak. Setelah masak, toskan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan yang siap dikisar bersama serai sehingga sambal pecah minyak dan cukup masak.
  3. Setelah pecah minyak, masukkan garam secukupnya dan ayam yang siap digoreng ke dalam sambal hijau tersebut. Gaul rata shingga sebati.
  4. Perahkan air limau kasturi ke dalam masakan tersebut. Gaul sekali lagi sehingga sebati.
  5. Siap untuk dihidang dan makan.

Resepi ayam sambal hijau ini sesuai untuk dijadikan hidangkan tengahari mahupun malam hari dengan jumlah hidangan 3 hingga 4 orang tetamu. Hidangan ini juga boleh dipelbagaikan mengikut citarasa seseorang. Untuk menu seterusnya, anda boleh mencuba resepi ikan masak sambal hijau pula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *