Bihun Sup Ayam

Posted in : Makanan Kampung on by : admin

Bihun Sup Ayam adalah salah satu hidangan ringkas dan mudah yang mana ianya hidangan kegemaran semua terutama bagi penggemar makanan berasaskan sup. Halaman ini menyediakan resepi Bihun Sup Ayam yang ringkas lagi lazat untuk rujukan anda. Selamat Mencuba.

Bahan Masakan

  • 1 Paket Bihun (dicelur dengan air panas sehingga lembut)
  • Taugeh Secukupnya (dicelur air panas sehingga lembut)
  • 5 Biji Bawang Merah (dicincang / ditumbuk halus)
  • 5 Ulas Bawang Putih (dicincang / ditumbuk halus)
  • 1 Inci Halia (dicincang / ditumbuk halus)
  • 1 Sudu Kecil Jintan Manis (ditumbuk halus)
  • 2 Batang Kayu Manis
  • 5 Biji Bunga Cengkih
  • 5 Biji Buah Pelaga
  • 2 Biji Bunga Lawang
  • Sedikit Ayam (dipotong mengikut citarasa)
  • Sedikit Fish Cakes (dipotong mengikut citarasa)
  • Sedikit Fish Ball (dipotong mengikut citarasa)
  • 1 Ikat Daun Bawang (dipotong mengikut citarasa)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak Masak secukupnya
  • Air secukupnya

Cara Penyediaan Bihun Sup Ayam

  1. Celurkan bihun dan taugeh dalam air panas sehingga lembut.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan cincang / tumbuk bersama kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan juga buah pelaga sehingga wangi.
  3. Masukkan ayam, fish cake dan fish ball yang siap dipotong ke dalam tumisan tersebut. Kemudian, masukkan sedikit air dan gaul sehingga semua sebati. Masak sehingga ayam cukup empuk.
  4. Masukkan garam secukupnya. Gaul sebati.
  5. Hidangkan bihun bersama sup ayam, kemudian taburkan taugeh yang siap dicelur bersama daun bawang siap dipotong.
  6. Siap untuk dimakan.

Resepi Bihun Sup ini sangat mudah dan penyediaannya tidak memerlukan masa yang lama. Hidangan ini akan lebih sedap jika dimakan bersama bawang goreng dan cili kicap. Untuk menu seterusnya, kualisudip.com telah menyediakan resepi Bihun Goreng Singapura yang lazat untuk anda semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *