UtamaResepi Makanan Kampung Ikan Kukus Halia

Ikan Kukus Halia

Posted in : Makanan Kampung on by : Nor Rabiatul Adawiyah

Ikan Kukus Halia adalah salah satu hidangan yang amat mudah disediakan dan rasanya tentulah sangat lazat. Hidangan ini menjadi kegemaran ramai kerana ia menawarkan pelbagai elemen rasa seperti rasa manis, masin, masam, dan pedas. Di sini, kami kongsikan resepi ringkas dan mudah Ikan Kukus Halia untuk rujukan anda semua.

Bahan Masakan

  • 1 Ekor Ikan Bawal
  • 2 Inci Halia (dihiris halus panjang-panjang)
  • 1/2 Batang Lobak Merah (dihiris halus panjang-panjang)
  • 3 Ulas Bawang Putih (dihiris halus)
  • 1 Biji Bawang Besar (dihiris halus)
  • 10 Biji Cili Padi
  • 1 Batang Serai (dihiris halus)
  • 1 Sudu Besar Sos Tiram
  • 2 Sudu Besar Sos Ikan
  • 2 Sudu Besar Air Limau Nipis
  • 1/3 Cawan Air
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan Ikan Kukus Halia

  1. Basuh bersih ikan bawal dan kelar pada kedua-dua bahagian badan ikan.
  2. Sediakan pengukus dan masak air sehingga mendidih untuk mula mengukus.
  3. Campurkan semua bahan yang siap dihiris bersama cili padi, sos tiram, sos ikan, air limau nipis, air dan garam secukup rasa. Gaul sehingga sebati.
  4. Letak ikan yang siap dibersih ke dalam loyang dan curahkan campuran sos tadi pada ikan bawal.
  5. Kukus ikan bawal selama 10 minit atau sehingga ikan menjadi cukup masak.
  6. Siap untuk dimakan dan dihidang.

Penyediaan Ikan Kukus Halia ini sangat mudah dan tidak mengambil masa yang lama. Hidangan ini boleh dihidangkan kepada kanak-kanak tetapi anda perlu kurangkan atau tidak meletakkan cili padi dalam masakan untuk mengurangkan tahap kepedasan. Untuk resepi seterusnya, kualisudip.com menyediakan resepi Ikan Masak Pindang untuk anda semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *