UtamaResepi Makanan Kampung Kuey Teow Goreng

Kuey Teow Goreng

Posted in : Makanan Kampung on by : Nor Rabiatul Adawiyah

Kuey Teow Goreng merupakan satu menu yang sangat ringkas dan mudah disediakan dan rasanya pula tentunya sangat menyelerakan. Di sini kami akan berkongsi resepi mudah dan ringkas Kuey Teow Goreng untuk anda semua.

Bahan Masakan

  • 1 Paket Kuey Teow (dibasuh bersih dan ditoskan)
  • 1/2 Senduk Cili kisar
  • 2 Biji Bawang Merah (dikisar halus)
  • 4 Ulas Bawang Putih (dikisar halus)
  • Sedikit Udang (dibasuh bersih dan dibuang kulitnya jika mahu)
  • Sedikit Sotong (dibasuh bersih dan dipotong mengikut citarasa)
  • Sedikit Isi Kerang (dibasuh bersih)
  • Taugeh secukupnya (dibasuh bersih dan dicelur seketika)
  • Sayur Sawi secukupnya (dibasuh bersih dan dipotong mengikut citarasa)
  • Kicap Manis secukupnya
  • 1 Biji Telur
  • Minyak Masak secukupnya
  • Air secukupnya

Cara Penyediaan Kuey Teow Goreng

  1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang siap dikisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan sotong, udang dan isi kerang ke dalam tumisan tersebut. Masak sehingga menjadi separuh masak.
  4. Masukkan kicap manis dan sedikit air ke dalam tumisan tersebut. Perasakan sedikit garam dan gaul rata.
  5. Masukkan kuey teow bersama sayur. Kemudian, gaul sehingga sebati.
  6. Masukkan telur dan gaul sekali lagi sehingga rata.
  7. Masukkan taugeh yang siap dicelur ke dalam mee tersebut. Gaul rata seketika diatas api perlahan.
  8. Siap untuk dihidang dan dimakan.

Resepi Kuey Teow Goreng ini sememangnya mudah dan penyediaannya tidak mengambil masa yang lama. Hidangan ini akan lebih lazat jika dimakan bersama cili jeruk atau air perahan limau nipis. Untuk menu seterusnya, kualisudip.com telah menyediakan resepi Char Kuey Teow yang lazat untuk anda semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *