UtamaResepi Makanan Kampung Tauhu Bergedil Sardin

Tauhu Bergedil Sardin

Posted in : Makanan Kampung on by : Nor Rabiatul Adawiyah

Tauhu Bergedil Sardin adalah hidangan sampingan yang sangat lazat dan amat mudah untuk disediakan. Di sini, kami kongsikan resepi Tauhu Bergedil Sardin yang ringkas dan mudah untuk rujukan anda semua.

Bahan Masakan A

  • 1 Paket Tauhu Kering (dipotong tengah dan dikeluarkan isinya)
  • 4 Biji Ubi Kentang (dipotong dalam saiz kecil)
  • 1 Tin Ikan Sardin Ayam Brand (425g)
  • 10 Batang Cili Padi (dihiris halus)
  • 1 Biji Bawang Holland (dipotong dadu)
  • 1/2 Ikat Daun Bawang (dihiris halus)
  • Garam secukup rasa
  • Lada Sulah secukupnya
  • Lada Hitam secukupnya
  • Minyak Masak secukupnya
  • 2 Biji Telur

Cara Penyediaan Tauhu Bergedil Sardin

  1. Panaskan minyak masak dan goreng kentang yang siap dipotong kecil sehingga cukup masak.
  2. Tumis bawang holland yang siap dipotong dadu, cili padi yang siap dihiris bersama ikan sardin. Tumis sehingga kuah sardin menjadi sedikit pekat.
  3. Lenyekkan kentang dan hancurkan isi ikan sardin yang siap ditumis.
  4. Campurkan kentang yang siap dilenyek, isi tauhu kering yang dikeluarkan, ikan sardin yang siap ditumis tersebut bersama sedikit garam, daun bawang, lada hitam dan lada sulah secukupnya. Gaul sehingga sebati inti ikan sardin tersebut.
  5. Sumbat inti ikan sardin yang telah siap ke dalam tauhu kering.
  6. Salutkan tauhu tersebut dengan telur yang telah dipukul bersama sedikt garam.
  7. Goreng tauhu bergedil tersebut sehingga menjadi perang keemasan.
  8. Siap untuk dihidang dan dimakan.

Tauhu Bergedil Sardin ini akan lebih lazat sekiranya dimakan bersama cili kicap. Penyediaan cili kicap sangat mudah iaitu hanya menggunakan cili padi, bawang putih dan kicap yang dikisar halus. Kuantiti cili dan bawang bergantung pada saiz hidangan dan tahap kepedasan dan citarasa anda. Untuk menu seterusnya, kualisudip.com telah menyediakan resepi Tauhu Bergedil Daging untuk anda semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *