UtamaResepi Makanan Kampung Udang Masak Ungkep Kari

Udang Masak Ungkep Kari

Posted in : Makanan Kampung on by : admin

Udang Masak Ungkep Kari merupakan salah satu hidangan berasal dari Jawa, Indonesia yang mana rasanya sangat menyelerakan dan penyediaannya amatlah mudah. Di sini, kami akan kongsikan resepi mudah dan ringkas Udang Masak Ungkep Kari untuk rujukan anda semua.

Bahan Masakan

  • 2 Kg Udang (dibersihkan belakangnya)
  • 3 Biji Bawang Besar (dikisar halus)
  • 6 Ulas Bawang Putih (dikisar halus)
  • 2 Inci Halia (dikisar halus)
  • 4 Tangkai Daun Kari
  • 2 Senduk Serbuk Kari Ikan
  • 10 Biji Cili Padi (dipotong tengah)
  • Garam dan Gula secukup rasa
  • Minyak Masak secukupnya

Cara Penyediaan Udang Masak Ungkep Kari

  1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang dikisar bersama daun kari dan cili padi sehingga naik bau.
  2. Masukkan serbuk kari dalam tumisan tersebut. Masak sehingga naik bau.
  3. Masukkan udang ke dalam kuali dan gaul rata. Tutup dengan penutup kuali dan masak di atas api yang sederhana. Biar seketika sehingga air udang keluar.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kemudian, gaul sehingga sebati. Biarkan seketika lebih kurang 5-6 minit sampai kuah hampir kering.
  5. Siap untuk dihidang dan dimakan.

Resepi Masak Ungkep ini memang terbukti sangat lazat dan senang untuk disediakan. Tambahan lagi, bahan masakan yang diperlukan tidak susah untuk dicari. Bagi anda yang ingin mempelbagaikan menu berasakan udang, anda boleh mencuba resepi ini. Untuk resepi seterusnya, kualisudip.com telah menyediakan resepi Telur Pecal yang enak untuk semua. Selamat Mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published.