Kek Pisang Moist
Posted in : Pencuci Mulut on by : Nor Rabiatul Adawiyah
Kek Pisang Moist kebiasaannya dijadikan sebagai hidangan minum petang kerana rasanya yang sedap dan manis serta mudah pula untuk disediakan. Tambahan lagi, Kek Pisang Moist ini juga mngandungi khasiat untuk sistem penghadaman kita. Boleh rujuk di sini. Sehubungan itu, di sini kami kongsikan resepi Kek Pisang Moist yang mudah disediakan untuk rujukan semua.
Bahan – Bahan Diperlukan:
- 235g Minyak Masak
- 225g Gula Kastor
- 4 Biji Telur Gred A atau Gred B
- 3 Biji Pisang Berangan
- 180g Tepung Gandum
- 10g Tepung Jagung
- 1 Sudu Kecil Soda Bikarbonat
- 1 Sudu Kecil Baking Powder
- 1 Sudu Kecil Esen Vanilla
- 1 Sudu Kecil Esen Pisang (Star Brand)
Cara – Cara Membuat:
- Campurkan Tepung Gandum, Tepung Jagung, Baking Powder dan Soda Bikarbonat. Kemudian, ayak campuran tersebut.
- Pukul Telur dengan Gula Kastor sehingga kembang dengan menggunakan mesin pengisar (Blender) atau wisk. Setelah kembang, kisar pula dengan Minyak Masak dan Pisang Berangan.
- Campurkan bahan yang telah diayak dengan bahan yang telah dikisar dengan menggunakan wisk sehingga adunan menjadi sebati dan tidak berketul.
- Masukkan Esen Vanilla dan Esen Pisang ke dalam adunan. Gaul sehingga adunan sebati.
- Panaskan ketuhar (Oven) dengan suhu 180°C.
- Masukkan adunan yang telah siap ke dalam loyang untuk dibakar.
- Potong nipis Pisang Berangan dan letaknya di atas adunan sebagai hiasan.
- Bakar adunan tersebut selama 30 hingga 40 minit sehingga masak.
- Siap untuk dihidang dan makan.
Nota: Untuk memastikan kek pisang telah masak, cucuk kek pisang dengan lidi. Kalau kek pisang tidak melekat pada lidi bermaksud kek pisang tersebut sudah masak. Selain itu, anda juga boleh mencuba resepi ini dengan menggunakan pisang lain selain daripada pisang berangan.
Selamat Mencuba.
Minat makan, mendorong penulis kepada minat memasak.
Mencuba dan mengolah resipi, seterusnya menulis resipi masakan yang enak untuk dikongsi.