UtamaResepi Makanan Bayi Bubur Nasi Ayam, Daging dan Ikan

Bubur Nasi Ayam, Daging dan Ikan

Posted in : Makanan Bayi on by : Nor Rabiatul Adawiyah

Bubur nasi ayam, daging dan ikan mesti menjadi makanan kegemaran bayi anda. Ini adalah kerana bubur nasi ini pastinya lazat untuk dimakan selain ia penuh dengan khasiat yang mana boleh meningkatkan tahap kesihatan bayi anda. Berikut dikongsikan beberapa jenis bubur nasi yang amat sesuai diberikan kepada bayi berusia enam hingga lapan bulan. Untuk maklumat lanjut tentang penyediaan makanan bayi boleh dirujuk di sini.

1. Bubur Nasi Ayam

Bahan – Bahan Diperlukan:

  • Beras
  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Lobak Merah
  • Isi Ayam
  • Air Masak Secukupnya

Cara – Cara Membuat:

  1. Bersihkan beras, kupas kulit bawang merah, bawang putih dan lobak merah serta cuci bersih isi ayam.
  2. Hiris kesemua bawang dan potong lobak merah dan juga isi ayam dalam saiz yang kecil.
  3. Tumis semua bawang yang telah dihiris dengan menggunakan minyak sehingga naik bau.
  4. Masak beras, lobak merah dan isi ayam dalam tumisan bawang yang telah naik bau sehingga menjadi bubur nasi yang lembik dengan menggunakan air masak secukupnya.
  5. Kisar bubur nasi ayam tersebut dengan mesin pengisar (Blender) sehingga mendapat tekstur yang halus.
  6. Siap untuk dihidang dan makan.

2. Bubur Nasi Daging

Bahan – Bahan Diperlukan:

  • Beras
  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Sayur Saderi ( Celery)
  • Daging
  • Air Masak Secukupnya

Cara – Cara Membuat:

  1. Bersihkan beras, kupas kulit bawang merah dan bawang putih serta cuci bersih sayur saderi dan daging tersebut.
  2. Hiris kesemua bawang dan potong sayur saderi dan juga daging dalam saiz yang kecil.
  3. Tumis semua bawang yang telah dihiris dengan menggunakan minyak sehingga naik bau.
  4. Masak beras, sayur saderi dan daging dalam tumisan bawang yang telah naik bau sehingga menjadi bubur nasi yang lembik dengan menggunakan air masak secukupnya.
  5. Kisar bubur nasi daging tersebut dengan mesin pengisar (Blender) sehingga mendapat tekstur yang halus.
  6. Siap untuk dihidang dan makan.

3. Bubur Nasi Ikan

Bahan – Bahan Diperlukan:

  • Beras
  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Brokoli
  • Isi Ikan Tenggiri
  • Air Masak Secukupnya

Cara – Cara Membuat:

  1. Bersihkan beras, kupas kulit bawang merah dan bawang putih serta cuci bersih brokoli dan isi ikan tenggiri. Pastikan brokoli dicuci bersih dengan merendamnya dalam air selama 30minit.
  2. Hiris kesemua bawang dan potong brokoli dan juga isi ikan tenggiri dalam saiz yang kecil.
  3. Tumis semua bawang yang telah dihiris dengan menggunakan minyak sehingga naik bau.
  4. Masak beras, brokoli dan isi ikan tenggiri dalam tumisan bawang yang telah naik bau sehingga menjadi bubur nasi yang lembik dengan menggunakan air masak secukupnya.
  5. Kisar bubur nasi ikan tersebut dengan mesin pengisar (Blender) sehingga mendapat tekstur yang halus.
  6. Siap untuk dihidang dan makan.

Penyediaan bubur nasi ayam, daging dan ikan ini amatlah mudah dan tidak mengambil masa yang lama. Jika bayi anda menyukai bubur nasi ini, anda boleh mencuba untuk menggabungkan rasa dan bahan dalam setiap bubur untuk masa akan datang. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *