Acar Timun dan Tomato (Trancam)
Posted in : Makanan Kampung on by : Nor Rabiatul Adawiyah
Acar Timun dan Tomato (Trancam) merupakan salah satu menu sampingan yang sangat menyelerakan, ianya boleh menjadi lebih sedap sekiranya dijamu bersama nasi beriyani dan ayam masak merah. Di sini, kualisudip.com akan berkongsi resepi trancam yang mudah dan ringkas untuk anda semua.
Bahan Masakan
- 1 Biji Timun (dipotong dalam saiz kecil)
- 1/2 Biji Sengkuang (dipotong dalam saiz kecil)
- 2 Biji Tomato (dipotong dalam saiz kecil)
- 2 Biji Cili Besar Merah (dipotong bulat)
- 3 Sudu Besar Gula
- 2 Sudu Kecil Garam
Cara Penyediaan Acar Timun dan Tomato (Trancam)
- Kupas kulit dan bersihkan sengkuang, kemudian potong kecil dalam saiz yang anda ingini.
- Bersihkan timun dan tomato, kemudian potong kecil sama seperti sengkuang.
- Gaulkan semua bahan termasuk cili besar merah yang siap dipotong bulat ke dalam mangkuk bersama gula dan garam secukupnya.
- Biarkan seketika sehingga air acar keluar.
- Siap dimakan dan dihidang.
Penyediaan Trancam Timun dan Tomato sangat mudah dan tidak memerlukan masa yang begitu lama. Untuk resepi kali ini, ianya sesuai untuk dijamukan kepada lima (5) hingga enam (6) orang tetamu. Selain itu, resepi acar atau trancam ini juga boleh dipelbagaikan dengan menggunakan bahan lain seperti bawang besar dan lobak merah. Untuk menu seterusnya, kualisudip.com telah menyediakan resepi Trancam Timun dan Nenas untuk rujukan anda semua. Selamat mencuba.
Minat makan, mendorong penulis kepada minat memasak.
Mencuba dan mengolah resipi, seterusnya menulis resipi masakan yang enak untuk dikongsi.