UtamaResepi Makanan Kampung Sayur Kobis Masak Lemak

Sayur Kobis Masak Lemak

Posted in : Makanan Kampung on by : Nor Rabiatul Adawiyah

Sayur Kobis Masak Lemak adalah masakan kampung melayu yang berasaskan santan kelapa. Menu ini selalu dijadikan hidangan sampingan yang mana ianya mudah untuk disediakan dan sangat menyelerakan. Halaman ini menyediakan resepi mudah dan ringkas masak lemak sayur kobis untuk rujukan semua.

Bahan Masakan

  • 3 Biji Bawang Merah (dihiris halus)
  • 2 Ulas Bawang Putih (dihiris halus)
  • 1 Genggam Ikan Bilis (direndam dan ditumbuk kasar)
  • 1 Biji Cili Merah (dihiris halus)
  • 1/2 Biji Kobis Bulat (dihiris kasar)
  • 500ml Santan Kelapa (Bahagikan kepada dua bahagian: santan pekat dan santan cair (campuran air dan santan))
  • Minyak Masak secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan Sayur Kobis Masak Lemak

  1. Cuci bersih sayur kobis yang siap dihiris kasar.
  2. Masuk sayur kobis yang telah dibersih, bawang merah, bawang putih, bilis tumbuk dan cili merah bersama santan cair ke dalam periuk.
  3. Reneh semua bahan masakan tersebut dengan api perlahan sehingga sayur kobis lembut.
  4. Masukkan santan pekat dan garam secukup rasa ke dalam renehan tersebut. Gaul sehingga sebati dan reneh sehingga mendidih. Sentiasa gaul untuk mengelakkan kuah santan menjadi pecah. 
  5. Siap untuk dihidang dan makan.

Penyediaan menu masak lemak ini amatlah mudah dan tidak mengambil masa yang lama. Ianya sesuai untuk dihidangkan kepada 4 orang tetamu. Sekiranya anda menyukai resipi masakan sampingan ini, anda boleh pula mencuba resipi urap kacang panjang bunga kantan untuk makanan sampingan anda akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *