Nasi Butter ala KFC
Posted in : Makanan Kampung on by : Nor Rabiatul Adawiyah
Nasi Butter ala KFC ini boleh dijadikan menu pilihan sekiranya anda ingin merasa kelainan dalam hidangan berasaskan nasi. Hidangan ini bukan sahaja digemari oleh orang dewasa malah ianya juga digemari dikalangan kanak-kanak. Halaman ini akan berkongsi resepi Nasi Butter ala KFC yang mudah dan ringkas untuk rujukan masakan anda semua.
Bahan Masakan
- 3 Cawan Beras (dibersihkan)
- 1/2 Cawan Susu Cair
- 1 Kiub Pati Ayam
- 6 Sudu Buttercup
- 2 Biji Bawang Merah (dicincang)
- 2 Ulas Bawang Putih (dicincang)
- 1 Inci Halia (dititik)
- 2 Batang Kayu Manis
- 2 Bunga Lawang
- Garam Secukup Rasa
- Air Secukupnya
Cara Penyediaan Nasi Butter ala KFC
- Cairkan butter dan tumis bawang merah, bawang putih yang siap dicincang bersama halia yang siap dititik sehingga wangi.
- Masukkan kiub pati ayam, kayu manis, bunga lawang dan sedikit garam. Gaul rata dan masak sehingga mendidih.
- Masukkan beras yang siap dibersihkan dan gaul sebati.
- Setelah sebati, masukkan semua beras tersebut ke dalam periuk nasi elektrik bersama susu cair. Gaul sekali lagi sehingga sebati.
- Masukkan air secukupnya, sukatan sama seperti memasak nasi biasa.
- Tanak seperti biasa sehingga nasi masak sepenuhnya.
- Siap untuk dihidang dan dimakan.
Menu Nasi Butter KFC ini memang amat mudah untuk disediakan dan ianya juga tidak memerlukan masa yang lama. Bagi anda yang bosan dengan hidangan nasi putih biasa, anda boleh mecuba resepi ini. Untuk menu yang seterusnya, kami telah menyediakan resepi Nasi Beriyani untuk anda semua. Selamat Mencuba.
Minat makan, mendorong penulis kepada minat memasak.
Mencuba dan mengolah resipi, seterusnya menulis resipi masakan yang enak untuk dikongsi.