UtamaResepi Makanan Kampung Ayam Goreng Kunyit

Ayam Goreng Kunyit

Posted in : Makanan Kampung on by : Nor Rabiatul Adawiyah

Ayam Goreng Kunyit adalah menu simple yang sangat menyelerakan dan penyediaanya pula adalah sangat mudah. Di sini, kami kongsikan resepi Ayam Goreng Kunyit yang ringkas dan mudah untuk rujukan semua.

Bahan Masakan

  • 500g Dada Ayam (dipotong kecil)
  • 1 Biji Bawang Besar (dihiris halus)
  • 2 Ulas Bawang Putih (dihiris halus)
  • 1 Biji Cili Besar (dihiris halus)
  • 50g Kacang Panjang (dipotong kecil)
  • 50g Lobak Merah (dipotong kecil dan panjang-panjang)
  • 50g Kobis Bunga (dipotong kecil)
  • 1 Sudu Kecil Serbuk Kunyit
  • 2 Sudu Besar Sos Tiram
  • 1 Sudu Besar Sos Ikan
  • Garam Secukupnya
  • Minyak Masak secukupnya

Cara Penyediaan Ayam Goreng Kunyit

  1. Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit, sedikit garam, sos tiram dan sos ikan. Perap selama 20 minit.
  2. Goreng ayam yang siap diperap sehingga separuh masak.
  3. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili besar ke dalam gorengan tersebut. Masak sehingga ayam hampir masak.
  4. Masukkan sayur kacang panjang, lobak merah dan kubis bunga. Masak selama 3 minit sehingga ayam cukup masak. Setelah siap, toskan minyaknya.
  5. Siap untuk dihidang dan dimakan.

Ayam Masak Kunyit ini akan lebih lazat sekiranya dimakan bersama sambal belacan padu. Penyediaan sambal belacan padu boleh dirujuk pada halaman ini. Untuk menu seterusnya, kualisudip.com telah menyediakan resepi Tauhu Bergedil Sardin dan resepi Tauhu Bergedil Daging untuk anda semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *