UtamaResepi Makanan Kampung Ayam Goreng Tepung Rangup

Ayam Goreng Tepung Rangup

Posted in : Makanan Kampung on by : Nor Rabiatul Adawiyah

Ayam Goreng Tepung Rangup adalah hidangan yang paling simple yang mana ianya boleh dimakan begitu sahaja ataupun dicicah dengan kuah pencicah seperti sos korea adabi, sos cili maggie ataupun sos cili ayamas. Di sini, kami akan berkongsi cara – cara penyediaan ayam goreng tepung yang rangup untuk panduan semua.

Bahan Masakan

  • Ayam secukupnya
  • Tepung Goreng Bestari (Campuran biasa dan pedas) secukupnya
  • Sedikit Air
  • Minyak Masak secukupnya

Cara Penyediaan Ayam Goreng Tepung Rangup

  1. Basuh bersih ayam dan potong dalam saiz yang sederhana atau kecil mengikut pilihan anda. Setelah bersih, toskan.
  2. Bancuh 1/3 cawan (sukatan bergantung kepada kuantiti ayam) tepung goreng bestari pedas bersama 2/3 cawan (sukatan bergantung kepada kuantiti ayam) tepung goreng bestari biasa dengan sedikit air. Perap ayam dengan bancuhan tepung goreng tadi selama 30 minit.
  3. Setelah siap diperap, salut ayam dengan tepung goreng bestari biasa tanpa air. Pastikan semua bahagian ayam disaluti tepung.
  4. Panaskan minyak dan goreng ayam yang siap disalut tepung sehingga ayam cukup masak atau bertukar warna kuning keemasan.
  5. Siap untuk dihidang dan dimakan.

Resepi penyediaan ayam goreng tepug yang rangup ini amatlah mudah dan tidak mengambil masa yang lama. Tambahan lagi, resepi ini sesuai dijadikan hidangan utama mahupun hidangan tambahan untuk makanan tengahari dan malam hari. Resepi seterusnya adalah ikan goreng tepung terbang yang rangup dan lazat. Mari semua mencuba resepi ini pula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *