UtamaResepi Makanan Kampung Daging Salai Masak Lemak Cili Api

Daging Salai Masak Lemak Cili Api

Posted in : Makanan Kampung on by : Nor Rabiatul Adawiyah

Daging Salai Masak Lemak Cili Api adalah masakan kampung melayu yang sangat menyelerakan. Penyediaan resepi ini tidaklah rumit sekiranya anda menggunakan daging salai yang siap untuk dimasak. Di sini, kami kongsikan cara-cara memasak daging salai lemak cili api yang mudah dan ringkas bagi rujukan semua. Selamat mencuba.

Bahan Masakan A

  • 500g Daging Salai (siap dihiris)
  • 2 Batang Serai (diketuk)
  • 1 Biji Kentang (dibelah 4 setiap 1)
  • 1 Helai Daun Kunyit (dibelah 2)
  • 1 Sudu Kecil Serbuk Kunyit
  • 500ml Santan Kelapa (Bahagikan kepada dua bahagian: santan pekat dan santan cair (campuran air dan santan)
  • 1 Keping Asam Gelugur
  • Garam secukup rasa

Bahan Masakan B

Semua bahan masakan B tersebut perlu dikisar halus terlebih dahulu sebelum mula memasak.

  • 3 Biji Bawang Besar
  • 2 Ulas Bawang Putih
  • 20 Biji Cili Padi

Cara Penyediaan Daging Salai Masak Lemak Cili Api

  1. Masuk semua daging salai, bahan masakan yang dikisar, kentang, serbuk kunyit dan santan cair ke dalam periuk.
  2. Reneh semua bahan masakan tersebut sehingga daging dan kentang cukup empuk.
  3. Masuk santan pekat, asam gelugur, daun kunyit dan garam secukup rasa ke dalam renehan tersebut. Gaul sehingga sebati dan reneh sehingga mendidih. Sentiasa gaul untuk mengelakkan kuah santan menjadi pecah. 
  4. Siap untuk dihidang dan makan

Resepi ini adalah sesuai untuk dihidangkan kepada 3-4 orang tetamu. Pastinya hidangan ringkas ini dapat membuka selera bagi semua tetamu anda. Anda juga boleh mencuba resepi siput sedut masak lemak cili api yang ringkas dan lazat untuk hidangan makan tengahari anda akan datang. Jomlah cuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *