UtamaResepi Makanan Kampung Burung Puyuh Masak Lemak Cili Api

Burung Puyuh Masak Lemak Cili Api

Posted in : Makanan Kampung on by : Nor Rabiatul Adawiyah

Burung Puyuh Masak Lemak Cili Api adalah masakan kampung melayu yang menjadi kegemaran ramai. Bukan sahaja ianya mudah disediakan, malah ianya amatlah lazat untuk dijadikan hidangan tengahari. Penyediaan resepi masakan kampung ini saya kongsikan di sini untuk rujukan semua.

Bahan Masakan A

  • 5 Ekor Burung Puyuh ( dibelah 2 setiap 1)
  • 2 Batang Serai (diketuk)
  • 2 Biji Kentang (dibelah 4 setiap 1)
  • 1 Helai Daun Kunyit (dibelah 2)
  • 1 Sudu Kecil Serbuk Kunyit
  • 500ml Santan Kelapa (Bahagikan kepada dua bahagian: santan pekat dan santan cair (campuran air dan santan))
  • 1 Keping Asam Gelugur
  • Garam secukup rasa

Bahan Masakan B

Semua bahan masakan B tersebut perlu dikisar halus terlebih dahulu sebelum mula memasak.

  • 3 Biji Bawang Besar
  • 2 Ulas Bawang Putih
  • 20 Biji Cili Padi

Cara Penyediaan

  1. Cuci bersih kesemua burung puyuh dan potong kepada 2 bahagian.
  2. Masuk semua burung puyuh yang telah dibersih, bahan masakan yang dikisar, kentang, serbuk kunyit dan santan cair ke dalam periuk.
  3. Reneh semua bahan masakan tersebut sehingga burung puyuh dan kentang cukup empuk.
  4. Masuk santan pekat, asam gelugur, daun kunyit dan garam secukup rasa ke dalam renehan tersebut. Gaul sehingga sebati dan reneh sehingga mendidih. Sentiasa gaul untuk mengelakkan kuah santan menjadi pecah. 
  5. Siap untuk dihidang dan makan

Penyediaan resepi burung puyuh masak lemak cili api ini tentunya sangat mudah dan tidak mengambil masa yang lama. Ianya boleh dihidangkan kepada 3-4 orang tetamu. Jikalau anda menyukai resipi ini, anda boleh pula mencuba resipi daging salai masak lemak cili api untuk hidangan makanan anda akan datang. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *