UtamaResepi Biskut Biskut Florentine

Biskut Florentine

Posted in : Biskut on by : Nor Rabiatul Adawiyah

Biskut Florentine adalah salah satu biskut yang sangat lazat yang mana ianya sering menjadi biskut kegemaran pada musim perayaan. Halaman ini akan berkongsi cara penyediaan Biskut Florentine yang mudah dan lazat bagi rujukan anda semua.

Bahan Masak

  • 500g Tepung Florentine
  • 500 g Badam Keping (Almond Flake) (dibakar)
  • 200 g Biji Labu (dibakar)
  • 100 g Kuaci (dibakar)
  • 50 g Bijan Hitam (dibakar)

Cara Penyediaan Biskut Florentine

  1. Bakar badam keping, biji labu, kuaci dan bijan hitam selama 5 minit di dalam ketuhar dengan suhu 160c. Setelah siap, sejukkan semua bahan yang siap dibakar.
  2. Campurkan semua bahan yang telah dibakar bersama tepung florentine dan gaul sehingga rata.
  3. Panaskan ketuhar dengan suhu 160c selama 5 minit.
  4. Masukkan adunan yang telah siap dicampur ke dalam loyang dengan beralaskan kertas kek (Baking Paper).
  5. Masak adunan tersebut selama 10 minit di dalam ketuhar pada suhu 160c.
  6. Setelah masak, terus potong biskut tersebut ke dalam saiz yang dikehendaki semasa panas dengan menggunakan pisau atau pemotong pizza.
  7. Siap untuk dihidang dan dimakan.

Resepi Biskut Florentine ini sangat mudah dan penyediaan pula tidak mengambil masa yang lama. Biskut ini sesuai dijadikan hidangan santai terutama pada musim perayaan. Untuk resepi seterusnya, kualisudip.com ada menyediakan resepi biskut cornflake madu untuk rujukan semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *