UtamaResepi Pencuci Mulut Kek Batik Biskut Marie

Kek Batik Biskut Marie

Posted in : Pencuci Mulut on by : Nor Rabiatul Adawiyah

Kek Batik Biskut Marie adalah salah satu hidangan manisan yang sangat sedap serta mudah untuk disediakan. Halaman ini menyediakan resepi mudah dan ringkas dalam menyediakan Kek Batik Biskut Marie untuk untuk rujukan semua.

Bahan Masakan

  • 125g Buttercup
  • 1 Tin Susu Pekat Manis
  • 2 Cawan Milo
  • 1/2 Cawan Serbuk Koko
  • 1 Bungkus Biskut Marie (dipatah empat)

Cara Penyediaan Kek Batik Biskut Marie

  1. Cairkan buttercup dalam kuali (pastikan kuali cukup besar untuk semua bahan) dengan menggunakan api yang perlahan. Kemudian, masukkan susu pekat manis ke dalam kuali tersebut. Gaul sehingga sebati.
  2. Masukkan milo sedikit demi sedikit bersama serbuk koko ke dalam periuk di atas api yang perlahan. Gaul sehingga sebati semua bahan.
  3. Masukkan biskut marie ke dalam kuali, kemudian gaul sebati. Masak semua bahan tersebut di atas api yang perlahan selama 5 minit.
  4. Tuangkan semua bahan yang siap di masak ke dalam loyang (pastikan alas loyang tersebut dengan kertas membakar (baking paper) untuk mengelakkan kek batik melekat pada permukaan loyang), mampatkan semua bahan dalam loyang dan kemudian sejukkan selama 3 atau 4 jam.
  5. Siap dihidang dan dimakan.

Penyediaan Kek Batik Biskut Mariee ini sangatlah mudah dan pastinya tidak mengambil masa yang lama. Sekiranya anda menyukai resepi manisan ini, anda pasti akan menyukai resepi kek pisang moist untuk menu manisan akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *