UtamaResepi Makanan Bayi Bubur Nasi Sayur-Sayuran

Bubur Nasi Sayur-Sayuran

Posted in : Makanan Bayi on by : Nor Rabiatul Adawiyah

Bubur nasi sayur-sayuran adalah salah satu makanan pengenalan awal terhadap bayi yang mana ia boleh mempertingkatkan kesihatan bayi. Berikut dikongsikan beberapa jenis bubur nasi yang amat sesuai diberikan kepada bayi berusia enam hingga lapan bulan. Untuk maklumat lanjut tentang penyediaan makanan bayi boleh dirujuk di sini.

1. Bubur Nasi Susu

Bahan – Bahan Diperlukan:

  • Beras
  • Air Masak / Susu Ibu / Susu Formula Secukupnya

Cara – Cara Membuat:

  1. Bersihkan beras tersebut dengan membasuhnya.
  2. Masak beras yang telah dibersihkan sehingga menjadi bubur nasi yang lembik dengan menggunakan air masak secukupnya.
  3. Kisar bubur nasi yang telah dimasak dengan mesin pengisar (Blender) sehingga mendapat tekstur yang halus.
  4. Campurkan bubur nasi tersebut dengan susu sehingga sebati.
  5. Siap untuk dihidang dan makan.

2. Bubur Nasi Lobak Merah

Bahan – Bahan Diperlukan:

  • Beras
  • Lobak Merah
  • Air Masak secukupnya

Cara – Cara Membuat:

  1. Bersihkan beras dan lobak merah.
  2. Potong lobak merah yang telah dibersihkan dalam saiz yang kecil.
  3. Masak beras bersama lobak merah yang telah dipotong sehingga menjadi bubur nasi yang lembik dengan menggunakan air masak secukupnya.
  4. Kisar bubur nasi lobak merah tersebut dengan mesin pengisar (Blender) sehingga mendapat tekstur yang halus.
  5. Siap untuk dihidang dan makan.

3. Bubur Nasi Brokoli

Bahan – Bahan Diperlukan:

  • Beras
  • Brokoli
  • Air Masak Secukupnya

Cara – Cara Membuat:

  1. Basuh bersih beras dan bersihkan brokoli dengan merendamnya selama 30 minit.
  2. Potong brokoli yang telah dibersihkan dalam saiz yang kecil.
  3. Masak beras bersama brokoli yang telah dipotong sehingga menjadi bubur nasi yang lembik dengan menggunakan air masak secukupnya.
  4. Kisar bubur nasi brokoli tersebut dengan mesin pengisar (Blender) sehingga mendapat tekstur yang halus.
  5. Siap untuk dihidang dan makan.

4. Bubur Nasi Bayam

Bahan – Bahan Diperlukan:

  • Beras
  • Bayam
  • Air Masak Secukupnya

Cara – Cara Membuat:

  1. Basuh bersih beras dan bersihkan bayam dengan merendamnya selama 30 minit.
  2. Potong bayam yang telah dibersihkan dalam saiz yang kecil.
  3. Masak beras sehingga menjadi bubur nasi dengan menggunakan air masak secukupnya.
  4. Masukkan sayur bayam ke dalam bubur nasi yang hampir dimasak.
  5. Kisar bubur nasi bayam yang telah siap dimasak dengan mesin pengisar (Blender) sehingga mendapat tekstur yang halus.
  6. Siap untuk dihidang dan makan.

5. Bubur Nasi Kentang

Bahan – Bahan Diperlukan:

  • Beras
  • Kentang
  • Air Masak Secukupnya

Cara – Cara Membuat:

  1. Bersihkan beras dan kentang.
  2. Potong kentang yang telah dibersihkan dalam saiz yang kecil.
  3. Masak beras bersama kentang yang telah dipotong sehingga menjadi bubur nasi yang lembik dengan menggunakan air masak secukupnya.
  4. Kisar bubur nasi kentang tersebut dengan mesin pengisar (Blender) sehingga mendapat tekstur yang halus.
  5. Siap untuk dihidang dan makan.

Penyediaan bubur nasi susu dan sayur-sayuran ini amatlah mudah dan tidak mengambil masa yang lama. Jika bayi anda menyukai bubur nasi ini, anda boleh mencuba untuk menggabungkan rasa dan bahan dalam setiap bubur untuk masa akan datang. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *