UtamaResepi Makanan Bayi Puri Buah-Buahan

Puri Buah-Buahan

Posted in : Makanan Bayi on by : Nor Rabiatul Adawiyah

Puri buah-buahan adalah makanan pengenalan awal terhadap bayi yang mana ia boleh meningkatkan kesihatan mereka. Makanan pengenalan bayi biasanya perlu dimasak hingga menjadi lembut dan perlu dikisar atau dilenyek hingga menjadi puri halus atau separa pejal. Tekstur makanan bayi akan berubah secara beransur-ansur mengikut umur dan berpandukan perkembangan serta keupayaan mereka untuk makan. Berikut dikongsikan beberapa jenis buah-buahan yang amat sesuai diberikan kepada bayi berusia enam bulan ke atas. Untuk maklumat lanjut tentang penyediaan makanan bayi boleh dirujuk di sini.

1. Puri Epal

Bahan – Bahan Diperlukan:

  • 1 Biji Buah Epal
  • Air Masak / Susu Ibu / Susu Formula Secukupnya

Cara – Cara Membuat:

  1. Bersihkan buah epal tersebut dengan membuang kulit dan bijinya.
  2. Potong buah epal yang telah dibersih dalam saiz yang kecil.
  3. Kukus buah epal tersebut sehingga lembut.
  4. Kisar buah epal yang telah lembut dengan menggunakan mesin pengisar (Blender) sehingga mendapat tekstur yang halus.
  5. Campurkan puri epal tersebut dengan air masak atau susu sehingga sebati.
  6. Siap untuk dihidang dan makan.

2. Puri Pisang

Bahan – Bahan Diperlukan:

  • 1 Biji Buah Pisang
  • Air Masak / Susu Ibu / Susu Formula Secukupnya

Cara – Cara Membuat:

  1. Bersihkan buah pisang tersebut dengan membuang kulitnya.
  2. Potong buah pisang yang telah dibersih dalam saiz yang kecil.
  3. Lenyek buah pisang dengan menggunakan sehingga mendapat tekstur separa pejal.
  4. Campurkan puri pisang tersebut dengan air masak atau susu sehingga sebati.
  5. Siap untuk dihidang dan makan.

3. Puri Mangga

Bahan – Bahan Diperlukan:

  • 1 Biji Buah Mangga
  • Air Masak / Susu Ibu / Susu Formula Secukupnya

Cara – Cara Membuat:

  1. Bersihkan buah mangga tersebut dengan membuang kulit dan bijinya.
  2. Potong buah mangga yang telah dibersih dalam saiz yang kecil.
  3. Lenyek buah mangga tersebut dengan menggunakan mesin pengisar (Blender) sehingga mendapat tekstur separa pejal.
  4. Campurkan puri mangga tersebut dengan air masak atau susu sehingga sebati.
  5. Siap untuk dihidang dan makan.

4. Puri Buah Naga

Bahan – Bahan Diperlukan:

  • 1 Biji Buah Naga
  • Air Masak / Susu Ibu / Susu Formula Secukupnya

Cara – Cara Membuat:

  1. Bersihkan buah naga tersebut dengan membuang kulitnya.
  2. Potong buah naga yang telah dibersih dalam saiz yang kecil.
  3. Lenyek buah naga tersebut sehingga mendapat tekstur separa pejal.
  4. Campurkan puri buah naga tersebut dengan air masak atau susu sehingga sebati.
  5. Siap untuk dihidang dan makan.

5. Puri Avokado

Bahan – Bahan Diperlukan:

  • 1 Biji Buah Avokado
  • Air Masak / Susu Ibu / Susu Formula Secukupnya

Cara – Cara Membuat:

  1. Bersihkan buah avokado tersebut dengan membuang kulit dan bijinya.
  2. Potong buah avokado yang telah dibersih dalam saiz yang kecil.
  3. Lenyek buah avokado sehingga mendapat tekstur separa pejal.
  4. Campurkan puri avokado tersebut dengan air masak atau susu sehingga sebati.
  5. Siap untuk dihidang dan makan.

6. Puri Buah Lai

Bahan – Bahan Diperlukan:

  • 1 Biji Buah Lai
  • Air Masak / Susu Ibu / Susu Formula Secukupnya

Cara – Cara Membuat:

  1. Bersihkan buah lai tersebut dengan membuang kulit dan bijinya.
  2. Potong buah lai yang telah dibersih dalam saiz yang kecil.
  3. Kukus buah lai tersebut sehingga lembut.
  4. Kisar buah lai yang telah lembut dengan menggunakan mesin pengisar (Blender) sehingga mendapat tekstur yang halus.
  5. Campurkan puri buah lai tersebut dengan air masak atau susu sehingga sebati.
  6. Siap untuk dihidang dan makan.

Penyediaan puri buah-buahan ini amatlah mudah dan tidak mengambil masa yang lama. Jika bayi anda menyukai puri ini, anda boleh pula mencuba menggabungkan rasa dan bahan dalam setiap puri. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *