Asam Pedas Daging
Posted in : Makanan Kampung on by : Nor Rabiatul Adawiyah
Asam Pedas Daging adalah masakan kampung melayu yang paling menjadi kegemaran ramai di negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Penyediaan asam pedas daging ini boleh dilakukan dengan mengikuti langkah mudah seperti di bawah.
Bahan Masakan A
- 500g Daging (dihiris nipis)
- 1 Inci Halia (diketuk)
- 3 Tangkai Daun Kari
- 2 Biji Tomato (dibelah 4 setiap 1)
- 3 Keping Asam Gelugur
- Minyak Masak secukupnya
Bahan Masakan B
Semua bahan masakan B tersebut perlu dikisar halus terlebih dahulu sebelum mula memasak.
- 3 Biji Bawang Merah
- 3 Ulas Bawang Putih
- Cili Kering secukupnya (Direbus)
- 1/2 Inci Kunyit Hidup
Cara Penyediaan
- Cuci bersih daging dan hiris nipis. Setelah bersih, rebus daging tersebut dengan halia dan sedikit garam sehingga lembut.
- Panas minyak masak dan mula menumis bahan masakan B yang siap dikisar dengan daun kari sehingga naik minyak dan wangi.
- Masuk daging yang siap direbus bersama air rebusan, asam gelugur dan garam secukupnya. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih dan daging menjadi lembut.
- Masuk tomato dan tutup api.
- Siap untuk dihidang dan makan.
Menu asam pedas daging ini bukan sahaja sesuai untuk dijadikan hidangkan seharian malah menu ini juga boleh dijadikan hidangan pada majlis keramaian. Resepi asam pedas ini sesuai untuk jumlah hidangan seramai empat (4) orang tetamu. Untuk merasai kepelbagaian dalam menu masakan asam pedas, anda juga boleh mencuba resepi asam pedas sardin untuk hidangan seterusnya. Selamat mencuba.
Minat makan, mendorong penulis kepada minat memasak.
Mencuba dan mengolah resipi, seterusnya menulis resipi masakan yang enak untuk dikongsi.