UtamaResepi Makanan Kampung Sambal Ayam Bunga Kantan

Sambal Ayam Bunga Kantan

Posted in : Makanan Kampung on by : admin

Sambal ayam bunga kantan adalah salah satu masakan kampung berasaskan herba yang mana ianya pasti dapat membuka selera semua tetamu anda. Panduan penyediaan resepi ini adalah seperti berikut.

Bahan Masakan A

  • 1kg Ayam (dipotong kecil)
  • 1 Sudu Teh Serbuk Kunyit
  • 2 Biji Bawang Besar (dihiris)
  • 2 Kuntum Bunga Kantan (dihiris halus)
  • 5 biji Limau Kasturi (perah dan ambil jusnya)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

Bahan Masakan B

Semua bahan masakan B tersebut perlu dikisar terlebih dahulu sebelum mula memasak.

  • 10 Biji Cili Merah
  • 20 Biji Cili Padi
  • 1 Kuntum Bunga Kantan
  • 10 Biji Bawang Merah
  • 4 Ulas Bawang Putih

Cara Penyediaan

  1. Cuci bersih ayam dan potong dalam saiz yang kecil. Setelah bersih, gaul dengan serbuk kunyit bersama sedikit garam.
  2. Panas minyak masak dan mula menggoreng ayam sehingga masak. Setelah masak, tos dan asing ayam tersebut.
  3. Tumis bahan masakan B sehingga naik minyak dan wangi dengan menggunakan minyak goreng ayam tadi secukupnya.
  4. Masak ayam goreng tadi bersama bawang besar dan bunga kantan yang telah dihiris, jus perahan limau kasturi dan garam secukup rasa. Gaul sehingga sebati.
  5. Siap untuk dihidang dan makan.

Penyediaan sambal ayam bunga kantan ini amatlah mudah dan tidak mengambil masa yang lama. Resipi ini juga sesuai untuk jumalah hindangan sebanyak 4 orang. Jika anda menyukai resipi ini, anda boleh pula mencuba resipi sambal ikan bunga kantan untuk masa akan datang. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published.