UtamaResepi Makanan Kampung Cendawan Tumis Lada Putih

Cendawan Tumis Lada Putih

Posted in : Makanan Kampung on by : Nor Rabiatul Adawiyah

Cendawan Tumis Lada Putih adalah hidangan sampingan yang ringkas dan lazat. Bahan masakan yang diperlukan tidak banyak dan cara penyediaannya pula amatlah mudah. Oleh yang demikian, di sini kualisudip.com akan berkongsi resepi mudah dan ringkas cedawan tumis lada putih untuk rujukan semua.

Bahan Masakan

  • 2 Paket Cendawan (dipotong kepada saiz kecil)
  • 12 Biji Bawang Putih (ditumbuk halus)
  • 1 Genggam Kecil Lada Putih (ditumbuk halus)
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

Cara Penyediaan Cendawan Tumis Lada Putih

  1. Basuh bersih semua cendawan yang telah dipotong. Kemudian tos dan asingkan ke tepi.
  2. Panaskan minyak masak dan tumis semua bahan yang ditumbuk kasar (Bawang Putih dan Lada Putih) sehingga naik bau dan sedikit garing.
  3. Masukkan cendawan yang siap dibersih ke dalam tumisan tersebut dan kemudian gaul rata. Masak sehingga cendawan menjadi lembut dan cukup masak. (Tutup masakan dengan penutup kuali supaya cendawan cepat lembut).
  4. Masukkan garam dan gula secukupnya dan gaul sehingga sebati.
  5. Siap untuk dihidang dan dimakan.

Resepi cendawan masak lada putih ini pastinya menjadi salah satu resepi kegemaran bagi semua penggemar cendawan. Hidangan berasakan cendawan ini sememangnya boleh dipelbagaikan bergantung kepada citarasa setiap orang. Sekiranya anda menyukai resepi masakan ini, anda pasti akan menyukai pula resepi Cendawan Shiitake Masak Sos Tiram. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *