Mee Goreng

Posted in : Makanan Kampung on by : Nor Rabiatul Adawiyah

Mee Goreng adalah salah satu hidangan ringkas dan mudah untuk disediakan disamping rasanya yang sedap. Halaman ini akan berkongsi resepi mudah dan ringkas Mee Goreng untuk rujukan anda semua.

Bahan Masakan

  • 1 Paket Mee Kuning (dibasuh bersih)
  • 1/2 Senduk Cili kisar
  • 2 Biji Bawang Merah (dikisar halus)
  • 4 Ulas Bawang Putih (dikisar halus)
  • Sedikit Udang (dibasuh bersih dan dibuang kulitnya jika mahu)
  • Sedikit Ayam (dibasuh bersih dan dipotong dalam saiz kecil)
  • Sedikit Kek Ikan (dibasuh bersih dan dipotong mengikut citarasa)
  • Taugeh secukupnya (dibasuh bersih dan dicelur seketika)
  • Sayur Sawi secukupnya (dibasuh bersih dan dipotong mengikut citarasa)
  • Kicap Manis secukupnya
  • 1 Biji Telur
  • Minyak Masak secukupnya
  • Air secukupnya

Cara Penyediaan Mee Goreng

  1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang siap dikisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam, udang dan kek ikan ke dalam tumisan tersebut. Masak sehingga ayam dan udang separuh masak.
  4. Masukkan kicap manis dan sedikit air ke dalam tumisan tersebut. Perasakan sedikit garam dan gaul rata.
  5. Masukkan mee kuning bersama sayur. Kemudian, gaul sehingga sebati.
  6. Masukkan telur dan gaul sekali lagi sehingga rata.
  7. Masukkan taugeh yang siap dicelur ke dalam mee tersebut. Gaul rata seketika diatas api perlahan.
  8. Siap untuk dihidang dan dimakan.

Resepi Mee Goreng ini sangat mudah dan penyediaannya tidak memerlukan masa yang lama. Hidangan ini akan lebih sedap jika dimakan bersama cili jeruk atau air perahan limau nipis. Untuk menu seterusnya, kualisudip.com telah menyediakan resepi Bihun Goreng Singapura yang lazat untuk anda semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *