UtamaResepi Makanan Kampung Nasi Goreng Cina

Nasi Goreng Cina

Posted in : Makanan Kampung on by : Nor Rabiatul Adawiyah

Nasi Goreng Cina adalah menu kegemaran ramai yang mana ianya sesuai dihidang untuk semua peringkat umur terutama untuk kanak-kanak atau untuk orang yang tidak suka dengan makanan pedas. Kali ini, kualisudip.com akan berkongsi resepi mudah dan ringkas Nasi Goreng Cina untuk panduan anda semua.

Bahan Masakan

  • 1 Biji Bawang Besar (dikisar halus)
  • 4 Ulas Bawang Putih (dikisar halus)
  • Daging ayam secukupnya (dipotong dadu)
  • Udang secukupnya (dikupas dan dibuang kepalanya)
  • Sayur Campur secukupnya
  • 3 Mangkuk sederhana nasi putih (nasi yang tidak dalam keadaan panas lebih baik)
  • 2 Biji telur
  • Garam secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

Cara Penyediaan Nasi Goreng Cina

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan putih yang siap dikisar halus sampai naik bau.
  2. Kemudian, masukkan daging ayam dan udang. Tumis sehingga cukup masak.
  3. Tambahkan sayur campur, gaul rata dan masak sehingga sayur campur menjadi separuh empuk.
  4. Masukkan nasi ke dalam kuali. Gaul sehingga rata dengan bahan-bahan yang lain.
  5. Buat cekungan di tengah-tengah nasi, masukkan telur. Biarkan telur masak sebentar sebelum digaulkan dengan nasi.
  6. Gaulkan telur dengan nasi sehingga sebati. Tambahkan sedikit garam secukup rasa.
  7. Siap untuk dihidang dan dimakan.

Resepi nasi goreng ini amatlah ringkas dan rasanya pasti menyelerakan. Hidangan ini akan lebih sedap sekiranya dimakan bersama timun jepun. Untuk menu seterusnya, kualisudip.com telah menyediakan resepi Nasi Goreng Udang untuk anda semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *