UtamaResepi Makanan Kampung Urap Kacang Panjang Bunga Kantan

Urap Kacang Panjang Bunga Kantan

Posted in : Makanan Kampung on by : admin

Urap Kacang Panjang Bunga Kantan adalah makanan kampung yang berasaskan herba yang mana ianya pasti menyelerakan bagi semua peringkat umur. Bagi yang belum mencuba, anda boleh mencubanya dengan mengikuti langkah-langkah penyediaan seperti berikut.

Bahan Masakan A

  • 10 Tangkai Kacang Panjang (dipotong 1 inci)
  • 1 Kuntum Bunga Kantan (dihiris halus)
  • 1 Cawan Kelapa Parut Muda (yang putih)
  • 1/2 Biji Kubis Manis (dihiris halus)
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa

Bahan Masakan B

Semua bahan masakan B tersebut perlu dikisar terlebih dahulu sebelum mula memasak.

  • 3 Biji Bawang Merah
  • 3 Biji Cili Merah
  • 5 Biji Cili Api
  • 1/2 Sudu Teh Belacan
  • 1 Sudu Teh Udang Kering
  • 1 Sudu Teh Jus Limau Kesturi

Cara Penyediaan Urap Kacang Panjang Bunga Kantan

  1. Cuci bersih kacang panjang yang telah dipotong. Setelah bersih, rebus dengan sedikit garam sehingga lembut.
  2. Rendam kacang panjang yang siap direbus ke dalam mangkuk berisi air sejuk selama 5 minit. Kemudian, tuskan.
  3. Campur kesemua bahan masakan B yang siap dikisar dengan kacang panjang tadi bersama bunga kantan, kelapa parut muda, kubis manis dan gula secukupnya. Gaul rata kesemua bahan tersebut.
  4. Siap untuk dihidang dan makan.

Hidangan ini sesuai untuk dijadikan menu makanan sampingan harian dan sesuai untuk dihidangkan kepada 3 hingga 4 orang tetamu. Penyediaannya pula amat mudah dan tidak mengambil masa yang lama. Jika anda menggemari resipi ini, anda juga pasti menggemari resipi kerabu mangga. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *