UtamaResepi Makanan Kampung Sambal Tumis Telur Burung Puyuh

Sambal Tumis Telur Burung Puyuh

Posted in : Makanan Kampung on by : Nor Rabiatul Adawiyah

Sambal Tumis Telur Burung Puyuh adalah salah satu makanan kampung yang sangat menyelerakan. Hidangan ini boleh dijadikan sebagai hidangan tengahari mahupun malam hari oleh kerana penyediaannya amatlah mudah. Melalui laman ini, kami kongsikan cara-cara memasak telur burung puyuh masak sambal yang mudah dan ringkas untuk rujukan semua.

Bahan Masakan

  • 40 Biji Telur Burung Puyuh
  • 5 Biji Bawang Merah (dikisar bersama cili kering)
  • 3 Ulas Bawang Putih (dikisar bersama cili kering)
  • 5 Sudu Besar Cili Kering Kisar
  • 1 Keping Asam Keping
  • Minyak Masak secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan Sambal Tumis Telur Burung Puyuh

  1. Cuci bersih telur burung puyuh dan rebus sehingga masak. Rebus bersama sedikit garam dan minyak masak untuk memudahkan telur dikupas .
  2. Setelah telur cukup masak, toskan dan lalukan telur dibawah air paip seketika. Kemudian, kupas kulitnya.
  3. Goreng telur burung puyuh yang siap dikupas menggunakan sedikit minyak masak untuk mengelakkan telur hancur.
  4. Panaskan minyak masak dan tumiskan semua bahan kisar sehingga pecah minyak. Kemudian, masukkan asam keping dan garam secukupnya dalam tumisan tersebut.
  5. Masukkan telur burung puyuh yang siap dikupas ke dalamnya. Gaul sehingga sebati.
  6. Siap untuk dihidang dan makan.

Penyediaan telur burung puyuh masak sambal ini amatlah mudah dan tidak mengambil masa yang lama. Resepi ini juga sesuai untuk dihidangkan kepada 2 hingga 3 orang tetamu. Untuk resepi yang seterusnya, anda boleh mencuba spaghetti aglio olio untuk masa akan datang. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *