UtamaResepi Makanan Barat Kentang Putar (Mashed Potato)

Kentang Putar (Mashed Potato)

Posted in : Makanan Barat on by : Nor Rabiatul Adawiyah

Kentang Putar (Mashed Potato) adalah salah satu masakan barat yang sangat digemari. Ianya bukan sahaja mudah untuk disediakan malah rasanya pasti menyelerakan bagi semua peringkat umur terutama dikalangan kanak-kanak. Halaman ini menyediakan resepi mudah dan ringkas dalam menyediakan kentang putar yang lazat. Selamat mencuba.

Bahan Masakan

  • 5 Biji Ubi Kentang
  • 1 Biji Bawang Besar (dikisar)
  • 2 Ulas Bawang Putih (dikisar)
  • 4 Sudu Besar Mentega atau Marjerin
  • 1 Kiub Ayam
  • 2 Cawan Air
  • 1/2 Cawan Tepung Gandum
  • Sedikit Serbuk Lada Hitam dan Lada Sulah

Cara Penyediaan Kentang Putar (Mashed Potato)

  1. Kupas kulit ubi kentang dan potong dadu semua kentang tersebut. Rebusnya sehingga ubi kentang empuk dan cukup lembut.
  2. Setelah empuk, toskan dan lenyek ubi kentang tersebut. Gaulkan bersama sedikit lada sulah.
  3. Didihkan 2 cawan air dan reneh selama bawang besar dan bawang putih yang siap dikisar bersama kiub ayam di dalamnya selama 10 minit. Setelah siap, tapiskan air renehan tersebut.
  4. Cairkan mentega/marjerin. Kemudian, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga tepung larut dan tidak berketul.
  5. Masukkan air renehan yang siap ditapis ke dalam campuran marjerin dan tepung sedikit demi sedikit.
  6. Masukkan serbuk lada hitam dan lada sulah secukup rasa.
  7. Siap untuk dihidang dan makan.

Penyediaan Kentang Putar (Mashed Potato) ini sangatlah mudah dan pastinya tidak mengambil masa yang lama. Penyediaan hidangan ini juga sesuai untuk dijamukan kepada 3 hingga 4 orang tetamu. Sekiranya anda menyukai resepi masakan barat ini, anda pasti akan menyukai resepi spaghetti carbonara pula untuk dijadikan menu pilihan anda akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *