UtamaResepi Makanan Kampung Sawi Masak Sos Tiram

Sawi Masak Sos Tiram

Posted in : Makanan Kampung on by : admin

Sawi Masak Sos Tiram merupakan hidangan yang sangat ringkas dan rasanya sangat sedap untuk dimakan. Penyediaan sawi sos tiram ini amatlah mudah dan tidak memerlukan bahan yang begitu banyak. Halaman ini akan berkongsi resepi mudah dan ringkas Sawi Masak Sos Tiram untuk rujukan masakan anda semua.

Bahan Masakan

  • 2 Paket Sawi Jepun (disiang mengikut citarasa)
  • 1 Biji Bawang Besar (dipotong 6)
  • 5 Ulas Bawang Putih (dikisar halus)
  • 1 Sudu Besar Udang Kering (dikisar halus)
  • 2 Biji Cili Besar Merah (dihiris serong)
  • 3 Sudu Sos Tiram
  • 2 Sudu Kicap Kipas Udang (Sweet Soya Bean Sauce)
  • 1/2 Sudu Tepung Jagung (dibancuh bersama sedikit air)
  • Garam dan Gula Secukupnya
  • Air Secukupnya
  • Minyak Secukupnya

Cara Penyediaan Sawi Masak Sos Tiram

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang siap dikisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan bawang besar bersama cili besar merah yang siap dihiris ke dalam tumisan tersebut dan masak sehingga menjadi sedikit layu.
  3. Masukkan sos tiram, kicap bersama sedikit air ke dalam tumisan tersebut. Masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan sawi jepun yang siap dibersih dan masak sehingga sawi empuk.
  5. Masukkan bancuhan air tepung jagung. Biar seketika sehingga kuah mendidih dan menjadi sedikit pekat.
  6. Perasakan sedikit garam dan gula jika perlu.
  7. Siap untuk dihidang dan dimakan.

Hidangan sayur sawi sos tiram ini pastinya menjadi salah satu hidangan kegemaran bagi para penggemar sawi. Hidangan berasaskan menu sawi ini boleh dipelbagaikan mengikut citarasa seseorang. Untuk menu seterusnya, kami akan berkongsi menu sawi masak lemak untuk rujukan anda semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published.