UtamaResepi Makanan Barat Udang Masak Butter

Udang Masak Butter

Posted in : Makanan Barat on by : admin

Udang Masak Butter adalah hidangan ringkas yang sangat menyelerakan. Penyediaan hidangan ini amatlah mudah dan tidak memerlukan masa yang lama. Halaman ini akan berkongsi resepi Udang Masak Butter yang ringkas dan mudah untuk rujukan masakan semua.

Bahan Masakan

  • 1kg Udang Harimau Saiz XL (dibersihkan belakangnya)
  • 10 Ulas Bawang Putih (dikisar kering dan kasar)
  • 15 Biji Cili Padi (dihiris)
  • 4 Batang Daun Kari
  • 1 Tin Susu Cair
  • 3 Sudu Besar Butter Cup
  • 1 Sudu Tepung Jagung (Bancuhan bersama sedikit air masak)
  • Garam dan Gula secukup rasa
  • Minyak Masak secukupnya
  • Kunyit secukupnya

Cara Penyediaan Udang Masak Butter

  1. Panaskan minyak dan goreng udang yang siap dilumur bersama sedikit kunyit dan garam. Goreng sehingga masak dan tidak terlalu garing. Setelah siap, toskan minyaknya.
  2. Panaskan butter dan tumis bawang putih yang siap dikisar, cili padi yang dihiris bersama daun kari sehingga naik bau.
  3. Masukkan susu cair ke dalam tumisan tersebut. Masak sehingga mendidih. Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan gaul rata.
  4. Masukkan udang yang digoreng bersama garam dan gula secukupnya. Kemudian, gaul rata dan masak seketika.
  5. Siap untuk dihidang dan dimakan.

Menu Udang Butter ini memang sangat mudah untuk disediakan dan ianya juga tidak memerlukan bahan yang banyak. Bagi penggemar masakan berasaskan udang, anda boleh mecuba resepi ini. Untuk menu yang seterusnya, kualisudip.com telah menyediakan menu Ayam Masak Butter untuk anda semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published.