UtamaResepi Makanan Kampung Udang Galah Masak Ungkep

Udang Galah Masak Ungkep

Posted in : Makanan Kampung on by : admin

Udang Galah Masak Ungkep adalah hidangan lain yang berasal dari Jawa, Indonesia yang mana ianya sangat menyelerakan dan mudah disediakan. Di sini, kami ingin berkongsi resepi mudah dan ringkas Udang Galah Masak Ungkep untuk anda semua.

Bahan Masakan

  • 2 Kg Udang (dibersihkan)
  • 10 Biji Bawang Merah (dikisar halus)
  • 6 Ulas Bawang Putih (dikisar halus)
  • 4 Inci Halia (dikisar halus)
  • 2 Inci Lengkuas (dikisar halus)
  • 2 Batang Serai (dikisar halus)
  • 4 Tangkai Daun Kari
  • 4 Sudu Besar ketumbar (dikisar halus)
  • 2 Sudu Kecil jintan kasar (dikisar halus)
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk Kunyit secukupnya
  • Minyak Masak secukupnya

Cara Penyediaan Udang Galah Masak Ungkep

  1. Perapkan udang galah yang siap dibersih bersama semua bahan. Ketepikan seketika.
  2. Panasakan minyak, dan masukkan udang ke dalam kuali dan gaul rata. Tutup dengan penutup kuali dan masak di atas api yang sederhana. Air udang akan keluar, biarkan kuah hampir kering (lebih kurang 5-6 minit).
  3. Siap untuk dihidang dan dimakan.

Resepi Masak Ungkep ini sangat lazat dan senang untuk disediakan. Tambahan lagi, bahan masakan yang diperlukan tidak banyak dan mudah untuk dicari. Bagi anda yang ingin mempelbagaikan menu berasaskan udang, anda boleh mencuba resepi ini. Untuk resepi seterusnya, kualisudip.com telah menyediakan resepi Telur Pecal untuk semua. Selamat Mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published.