UtamaResepi Makanan Barat Ayam Bakar Ala Nandos

Ayam Bakar Ala Nandos

Posted in : Makanan Barat on by : admin

Ayam Bakar Ala Nandos adalah menu yang sangat ringkas dan lazat yang mana ianya memberikan gabungan rasa pedas, masam dan manis dalam hidangan ini. Halaman ini akan berkongsi resepi Ayam Bakar Ala Nandos yang ringkas dan mudah untuk anda semua.

Bahan Masakan A

  • 1 Ekor Ayam (dibersihkan dan dibelah pada bahagian tengah belakang)
  • 2 Sudu Besar Serbuk Paprika
  • 2 Sudu Besar Serbuk Campuran Herba
  • 2 Sudu Besar Minyak Zaitun
  • 1 Sudu Besar Serbuk lada hitam
  • 1 Sudu Teh Parutan Lemon
  • 1 Sudu Besar Garam

Bahan Masakan B

  • 1 Biji Bawang Holland (dikisar halus)
  • 5 Ulas Bawang Putih (dikisar halus)
  • 1 Biji Capsicum Merah (dikisar halus)
  • 2 Biji Cili Besar Merah (dikisar halus)
  • 8 Biji Cili Padi (dikisar halus)
  • Sedikit Daun Oregano (dikisar halus)
  • 1 Sudu Besar Jus Lemon
  • 3 Sudu Besar Cuka
  • 10 Sudu Besar Minyak Zaitun
  • 2 Sudu Besar Serbuk Paprika
  • 2 Sudu Serbuk Lada Hitam
  • Garam dan Gula secukupnya

Cara Penyediaan Ayam Bakar Ala Nandos

  1. Perapkan ayam bersama semua bahan masakan A semalaman.
  2. Setelah siap diperap semalaman, panaskan oven pada suhu 200°C selama 5 minit. Bakar ayam tersebut selama 1 jam pada suhu 180°C.
  3. Masak bahan masakan B selama 30 minit di atas api yang perlahan sehingga pecah minyak. Kemudian, masukkan gula, garam dan lada hitam ke dalam masakan tersebut. Gaul rata dan masak seketika sehingga mendidih.
  4. Siap untuk dihidang dan dimakan.

Menu Ayam Bakar Ala Nandos ini tentunya dapat membuka selera semua peringkat umur. Menu ini akan lebih sedap jika dihidang bersama nasi butter, kentang goeng dan juga salad. Bagi penggemar ayam bakar, anda boleh mecuba resepi ini untuk menu hidangan anda. Untuk menu yang seterusnya, kualisudip.com telah menyediakan menu Ayam Masak BBQ untuk anda semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published.