UtamaResepi Makanan Korea Ayam Goreng Sambal Korea

Ayam Goreng Sambal Korea

Posted in : Makanan Korea on by : Nor Rabiatul Adawiyah

Ayam Goreng Sambal Korea adalah salah satu menu kegemaran ramai yang mana ianya berasaskan citarasa Korea yang memberikan gabungan rasa pedas dan manis dalam hidangan anda. Kali ini, kami akan berkongsi resepi Ayam Masak Sambal Korea adabi yang lazat untuk anda semua.

Bahan Masakan

  • 1kg Ayam (dipotong dalam saiz kecil)
  • 1 Labu Bawang Putih (dikisar halus)
  • 1 Inci Halia (dikisar halus)
  • 2 Sudu Besar Gochujang
  • 1/2 Botol Sos Korea Adabi
  • 3 Sudu Besar Kicap Manis Kipas Udang
  • 1 Sudu Besar Sesame Oil
  • 2 Sudu Besar Cuka Shushi
  • 3 Sudu Besar Madu
  • 1/2 Sudu Tepung Jagung (dibancuh bersama air)
  • Tepung Goreng Serbaguna Bestari (Asli dan Pedas)
  • 2 Sudu Besar Bijan (disangai)
  • Minyak Masak secukupnya
  • Air secukupnya

Cara Penyediaan Ayam Goreng Sambal Korea

  1. Perap ayam dengan bancuhan tepung goreng pedas dan asli seketika. Celup ayam yang siap diperap ke dalam tepung goreng asli. Kemudian, goreng sehingga masak. Resepi ayam goreng tepung boleh rujuk di sini.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan halia yang dikisar sehingga naik bau dan bertukar menjadi sedikit kekuningan.
  3. Masukkan sos korea adabi, gochujang, kicap manis, sesame oil, cuka shushi, madu dan sedikit air ke dalam tumisan tersebut. Gaul sehingga rata dan masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan bancuhan air tepung jagung sekiranya anda ingin tekstur kuah yang pekat. Masak sehingga mendidih.
  5. Sementara mendidih, sangai bijan sehingga warna bijan sedikit kekuningan.
  6. Masukkan ayam goreng tepung tadi ke dalam sambal korea tersebut. Gaul rata di atas api yang kecil. Tabur bijan yang siap disangai di atas ayam sebagai hiasan.
  7. Siap untuk dihidang dan dimakan.

Resepi ini tentunya memberi kelainan dalam masakan harian anda yang mana ianya pasti membuka selera sesiapa sahaja tanpa mengira semua peringkat umur. Untuk menu seterusnya, kualisudip.com telah menyediakan resepi Ayam Masak Kam Heong untuk anda semua. Selamat Mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *