Kimchi Taugeh

Posted in : Makanan Korea on by : Nor Rabiatul Adawiyah

Kimchi Taugeh adalah salah satu makanan ruji korea yang mana ianya sama seperti kimchi biasa tetapi dalam resepi ini taugeh menjadi bahan asas bagi mengganti kobis cina. Halaman ini menyediakan resepi kimchi taugeh yang ringkas untuk rujukan anda.

Bahan Masakan

  • 2kg Taugeh
  • 1 Biji Lobak Merah (dihiris halus)
  • 1 Biji Lobak Putih (dihiris halus)
  • 1 Biji Bawang Besar (dikisar halus)
  • 3 Ulas Bawang Putih (dikisar halus)
  • 1 1/2 Inci Halia (dikisar halus)
  • 1 Ikat Daun Bawang (dipotong dalam saiz seinci)
  • 1/2 Cawan Serbuk Cili
  • 3 Sudu Besar Sos Ikan
  • 1 Sudu Besar Minyak Bijan
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

Cara Penyediaan Kimchi Taugeh

  1. Bersihkan lobak putih dan lobak merah dengan membuang kulitnya dan hiris halus lobak tersebut.
  2. Setelah siap, campurkan hanya lobak putih yang siap dihiris bersama sedikit garam dan gula. Gaul rata dan perapnya selama 30 minit.
  3. Bilas bersih lobak putih yang siap diperap dan toskan.
  4. Bersih dan rebuskan taugeh tersebut dengan menggunakan api yang sederhana sehingga wap rebusan keluar. Perlahankan api dan sambung rebus selama 3 hingga 4 minit. Tutup dengan penutup kuali untuk mempercepatkan taugeh masak. Setelah siap, tos dan sejukkan taugeh tersebut.
  5. Campurkan bahan yang dikisar halus bersama serbuk cili, sos ikan, minyak bijan, garam dan gula secukup rasa. Gaul rata kesemua bahan.
  6. Masukkan daun bawang, taugeh, lobak merah dan lobak putih ke dalam campuran bahan tadi. Gaul sehingga sebati.
  7. Simpan kimchi yang telah siap tersebut di dalam bekas kedap udara selama 1 hari dalam peti ais.
  8. Selepas 1 hari, kimchi siap untuk dihidang dan makan.

Penyediaan Kimchi Taugeh ini mudah dan tidak memerlukan masa yang lama. Untuk menu seterusnya, kami juga menyediakan resepi kimchi korea untuk rujukan masakan anda akan datang. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *