Kimchi Korea

Posted in : Makanan Korea on by : Nor Rabiatul Adawiyah

Kimchi Korea adalah salah satu makanan ruji bagi rakyat Korea yang mana ianya kini menjadi kegemaran oleh rakyat Malaysia. Hidangan ini bukan sahaja menyihatkan (mengandungi probiotik) malah ia juga sangat lazat untuk dinikmati. Di sini, kami kongsikan resepi kimchi yang mudah serta ringkas untuk rujukan anda. Selamat mencuba.

Bahan Masakan A

  • 1 Biji Kobis Cina
  • 2 Biji Lobak Merah (dihiris halus)
  • 1 Ikat Daun Bawang (dipotong kepada saiz seinci)
  • 1/2 Cawan Garam Kasar
  • 1/2 Cawan Serbuk Cili

Bahan Masakan B

  • 3 Sudu Besar Tepung Pulut
  • 2 Sudu Besar Gula
  • 1 Cawan Air

Bahan Masakan C

  • 1 Biji Bawang Besar (dikisar halus)
  • 3 Ulas Bawang Putih (dikisar halus)
  • 1 1/2 Inci Halia (dikisar halus)
  • 3 Sudu Besar Sos Ikan
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

Cara Penyediaan Kimchi Korea

  1. Potongkan kobis cina ke dalam saiz kecil dan basuh bersih kesemuanya.
  2. Rendamkan kobis cina yang siap dibersih di dalam air garam selama 30 minit. Setelah siap (direndam), bilas dan toskan kobis tersebut.
  3. Masakkan kanji pemekat dengan memasak semua bahan masakan B dengan menggunakan api yang perlahan. Sentiasa gaul sehingga tekstur menjadi pekat. Setelah siap (pekat), sejukkan kanji pemekat tersebut.
  4. Sediakan cili kimchi dengan mencampur semua bahan masakan C bersama kanji pemekat yang telah sejuk. Gaul rata kesemua bahan sehingga sebati.
  5. Campurkan kobis cina bersama daun bawang dan lobak merah ke dalam cili kimchi yang telah siap. Gaul rata semua bahan sehingga sebati.
  6. Simpan kimchi yang telah siap tersebut di dalam bekas kedap udara selama 1 atau 2 hari dalam peti ais.
  7. Selepas 2 hari, kimchi siap untuk dihidang dan makan.

Penyediaan Kimchi Korea ini tidak sukar seperti yang anda jangkakan dan pastinya ia tidak mengambil masa yang lama. Sekiranya anda menyukai resepi masakan korea ini, tentu anda akan menyukai resepi bread sprout kimchi ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *