Ayam Penyet
Posted in : Makanan Kampung on by : Nor Rabiatul Adawiyah
Ayam Penyet adalah salah satu hidangan unik yang berasal dari Jawa, Indonesia yang mana kini ianya menjadi pilihan sajian bagi semua. Halaman ini akan berkongsi resepi Ayam Penyet yang mudah dan ringkas untuk anda semua.
Bahan Masakan
- 1 1/2kg Ayam (Bahagian Paha)
- 1 Kiub Pati Ayam
- 2 Inci Halia (dikisar halus)
- 2 Inci Lengkuas (dikisar halus)
- 4 Batang Serai (dikisar halus)
- 1 Sudu Kecil Serbuk Kunyit
- 1 Sudu Besar Ketumbar (dikisar halus)
- 1 Sudu Kecil Serbuk Jintan Manis
- 1 Sudu Kecil Jintan Putih (dikisar halus)
- 2 Sudu Kecil Garam
- Air secukupnya
Cara Penyediaan Ayam Penyet
- Didihkan air (Jangan terlalu banyak) dalam periuk dengan api sederhana dan masukkan semua bahan yang dikisar halus bersama serbuk kunyit, serbuk jintan manis, dan garam secukupnya bersama paha ayam. Reneh sehingga ayam masak sepenuhnya.
- Perap Ayam yang siap direneh bersama rempah yang direbus tadi selama 2 jam.
- Panaskan minyak dan goreng ayam yang siap diperap sehingga cukup masak dan menjadi warna kuning keemasan. Jangan lupa goreng lebihan rempah perapan kerana ianya juga sedap dimakan.
- Siap dihidang dan dimakan.
Resepi ini sesuai dijadikan hidangan utama yang mana ianya lazat dimakan bersama nasi ayam, sambal ayam penyet, tempe dan tauhu goreng dan juga sayur ulam kobis, kacang panjang atau timun. Untuk menu seterusnya, kami menyediakan resepi sambal penyet untuk anda semua. Selamat mencuba.
Minat makan, mendorong penulis kepada minat memasak.
Mencuba dan mengolah resipi, seterusnya menulis resipi masakan yang enak untuk dikongsi.