UtamaResepi Makanan Kampung Ayam Masak Paprik

Ayam Masak Paprik

Posted in : Makanan Kampung on by : Nor Rabiatul Adawiyah

Ayam Masak Paprik adalah hindangan yang sangat menyelerakan dan sangat mudah untuk disediakan. Kualisudip.com akan berkongsikan resepi Ayam Masak Paprik yang ringkas dan mudah untuk rujukan anda semua.

Bahan Masakan

  • 1 Ekor ayam (dipotong dalam saiz kecil)
  • 4 Ulas Bawang Putih (dititik)
  • 2 Senduk Cili Kisar
  • 2 Inci Halia (dititik)
  • 5 Batang Serai (dititik)
  • 4 Helai Daun Limau Purut
  • 2 Sudu Besar Sos Cili
  • 2 Sudu Besar Sos Tiram
  • 2 Sudu Kecil Serbuk Perasa Ayam
  • 1 Biji Bawang Besar (dipotong kasar)
  • 5 Biji Cili Api (dibelah dua tengahnya)
  • 1 Biji Bunga Kobis saiz sederhana (dipotong kecil)
  • 1 Ikat Kacang Panjang (dipotong kecil)
  • 3 Batang Lobak Merah (dipotong kecil dan bulat)
  • 2 Paket Baby Corn (dipotong sederhana dan serong)
  • Garam Secukupnya
  • Minyak Masak secukupnya

Cara Penyediaan Ayam Masak Paprik

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, halia bersama cili kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.
  2. Masukkan ayam bersama serai dan daun limau purut ke dalam tumisan tersebut. Masak ayam selama 5 minit atau sehingga ayam separuh masak.
  3. Masukkan semua sos, serbuk perasa ayam, bawang besar, cili api tersebut tersebut. Masak sehingga ayam hampir masak.
  4. Masukkan sayur kacang panjang, lobak merah, kubis bunga, dan baby corn. Masak sehingga ayam cukup masak dan sayur empuk.
  5. Siap untuk dihidang dan dimakan.

Penyediaan hidangan ini adalah amat mudah dan tentunya tidak mengambil masa yang lama. Ayam Masak Paprik ini akan lebih lazat sekiranya dimakan bersama nasi panas. Untuk menu seterusnya, kualisudip.com telah menyediakan resepi Ayam Goreng Kunyit untuk anda semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *