Bihun Goreng Singapura
Posted in : Makanan Kampung on by : Nor Rabiatul Adawiyah
Bihun Goreng Singapura adalah salah satu hidangan ringkas yang lazat yang mana ianya tidak asing lagi dalam hidangan masyarakat Melayu. Halaman ini menyediakan resepi ringkas dan mudah Bihun Goreng Singapura untuk rujukan anda semua.
Bahan Masakan
- 1 Paket Bihun (direndam dengan air suam seketika)
- 4 Biji Bawang Merah (dicincang atau ditumbuk halus)
- 4 Ulas Bawang Putih (dicincang atau ditumbuk halus)
- 1 Sudu Besar Udang Kering (direndam terlebih dahulu dan ditumbuk halus)
- Sedikit Ayam (dipotong mengikut citarasa)
- Sedikit Udang (dibuang kulitnya)
- Sedikit Fish Cakes (dipotong mengikut citarasa)
- 1 Sudu Kecil Serbuk Lada Hitam
- 1 Sudu Kecil Serbuk Lada Putih
- 1 Kiub Pati Ikan Bilis
- Sedikit Lobak Merah (dipotong mengikut citarasa)
- 1 Biji Cili Besar Merah (dihiris serong)
- 1 Ikat Daun Kucai (dipotong mengikut citarasa)
- 2 Sudu Besar Kicap Cair
- Garam secukup rasa
- Minyak Masak secukupnya
Cara Penyediaan Bihun Goreng Singapura
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar/tumbuk sehingga naik bau.
- Masukkan ayam, udang dan fish cake ke dalam tumisan tersebut. Tumis sehingga semua bahan tadi menjadi cukup masak.
- Masukkan lada hitam dan lada putih bersama kiub pati ikan bilis. Masukkan sedikit air dan gaul sehingga semua sebati.
- Masukkan bihun yang siap direndam dan gaul rata. Tambah air sedikit demi sedikit sekiranya bihun masih keras.
- Masukkan lobak merah dan gaul rata. Masak sehingga lobak merah sedikit empuk.
- Masukkan garam secukupnya bersama kicap cair. Gaul sekali lagi sehingga sebati.
- Masukkan daun kucai dan cili besar merah. Masak sehingga bihun cukup lembut dan daun kucai menjadi layu.
- Siap untuk dihidang dan dimakan.
Menu Bihun Goreng Singapura ini sangat mudah dan penyediaannya tidak menggunakan masa yang lama. Selain itu, bahan masakan yang diperlukan tidak banyak. Menu ini akan lebih sedap jika dimakan bersama telur dadar, bawang goreng dan cili kicap. Anda boleh mecuba menu ini untuk dijadikan hidangan minum pagi mahupun minum petang yang pastinya ia dapat membuka selera semua ahli keluarga anda. Untuk menu seterusnya, kualisudip.com telah menyediakan resepi Murtabak Daging yang lazat untuk anda semua.
Minat makan, mendorong penulis kepada minat memasak.
Mencuba dan mengolah resipi, seterusnya menulis resipi masakan yang enak untuk dikongsi.