UtamaResepi Makanan Kampung Ikan Sembilang Goreng Berlada

Ikan Sembilang Goreng Berlada

Posted in : Makanan Kampung on by : Nor Rabiatul Adawiyah

Ikan Sembilang Goreng Berlada adalah salah satu menu masakan kampung yang sangat menyelerakan dan penyediaanya pula amatlah mudah. Di sini, kami kongsikan resepi Ikan Sembilang Goreng Berlada yang ringkas dan mudah untuk rujukan anda semua.

Bahan Masakan

  • 7-8 Ekor Ikan Sembilang saiz kecil (disiang, dibersihkan dan dipotong dalam saiz dikehendaki)
  • 1 Biji Bawang Besar (dikisar halus)
  • 6 Ulas Bawang Putih (dikisar halus)
  • 50 Biji Cili Padi (dikisar halus)
  • 5 Biji Cili Besar (dikisar halus)
  • Serbuk Kunyit secukupnya
  • Air Asam Jawa secukupnya
  • Air secukupnya jika perlu
  • Garam Secukupnya
  • Minyak Masak secukupnya

Cara Penyediaan Ikan Sembilang Goreng Berlada

  1. Lumurkan ikan sembilang dengan serbuk kunyit, sedikit garam bersama sedikit air. Biarkan seketika.
  2. Panaskan minyak masak dan goreng ikan sembilang yang siap dibersih dan dipotong sehingga cukup masak dan garing. Setelah masak, angkat dan toskan minyak.
  3. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumiskan semua bahan yang siap dikisar halus sehingga naik bau dan pecah minyak.
  4. Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa ke dalam tumisan tersebut. Jika terlalu kering, masukkan sedikit air ke dalam tumisan tersebut.
  5. Masukkan garam secukup rasa. Kacau rata semua bahan tumisan tersebut.
  6. Masukkan ikan sembilang yang siap digoreng tadi ke dalam sambal tumisan. Gaul perlahan sehingga semua ikan sembilang goreng disaluti sambal tumisan tersebut.
  7. Siap untuk dihidang dan dimakan.

Ikan Sembilang Masak Berlada ini akan lebih lazat sekiranya dimakan bersama nasi panas. Untuk menu seterusnya, kualisudip.com telah menyediakan resepi Ayam Goreng Kunyit dan Ayam Masak Paprik untuk anda semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *