Puri Sayur-Sayuran
Posted in : Makanan Bayi on by : Nor Rabiatul Adawiyah
Puri sayur-sayuran adalah makanan pengenalan awal terhadap bayi yang mana ia boleh membantu meningkatkan kesihatan mereka. Makanan pengenalan bayi biasanya perlu dimasak hingga menjadi lembut dan perlu dikisar atau dilenyek hingga menjadi puri halus atau separa pejal. Tekstur makanan bayi akan berubah secara beransur-ansur mengikut umur dan berpandukan perkembangan serta keupayaan mereka untuk makan. Berikut dikongsikan beberapa jenis sayur-sayuran yang amat sesuai dijadikan puri untuk diberikan kepada bayi berusia enam bulan ke atas. Untuk maklumat lanjut tentang penyediaan makanan bayi boleh dirujuk di sini.
1. Puri Lobak Merah
Bahan – Bahan Diperlukan:
- 1 Biji Lobak Merah
- Air Masak / Susu Ibu / Susu Formula Secukupnya
Cara – Cara Membuat:
- Bersihkan lobak merah tersebut dengan membuang kulitnya.
- Potong lobak merah yang telah dibersih dalam saiz yang kecil.
- Kukus lobak merah tersebut sehingga lembut.
- Kisar lobak merah yang telah lembut dengan menggunakan mesin pengisar (Blender) sehingga mendapat tekstur yang halus.
- Campurkan puri lobak tersebut dengan air masak atau susu sehingga sebati.
- Siap untuk dihidang dan makan.
2. Puri Ubi Kentang
Bahan – Bahan Diperlukan:
- 2 Biji Ubi Kentang
- Air Masak / Susu Ibu / Susu Formula Secukupnya
Cara – Cara Membuat:
- Bersihkan ubi kentang tersebut dengan membuang kulitnya.
- Potong ubi kentang yang telah dibersih dalam saiz kecil.
- Kukus atau rebus ubi kentang tersebut sehingga lembut.
- Lenyek ubi kentang yang telah lembut sehingga mendapat tekstur separa pejal.
- Campurkan puri ubi kentang tersebut dengan air masak atau susu sehingga sebati.
- Siap untuk dihidang dan makan.
3. Puri Ubi Keledek
Bahan – Bahan Diperlukan:
- 1 Biji Ubi Keledek
- Air Masak / Susu Ibu / Susu Formula Secukupnya
Cara – Cara Membuat:
- Bersihkan ubi keledek tersebut dengan membuang kulitnya.
- Potong ubi keledek yang telah dibersih dalam saiz yang kecil.
- Kukus atau rebus ubi keledek tersebut sehingga lembut.
- Lenyek ubi keledek yang telah lembut sehingga mendapat tekstur separa pejal.
- Campurkan puri ubi keledek tersebut dengan air masak atau susu sehingga sebati.
- Siap untuk dihidang dan makan.
4. Puri Brokoli
Bahan – Bahan Diperlukan:
- 50g Brokoli
- Air Masak / Susu Ibu / Susu Formula
Cara – Cara Membuat:
- Bersihkan brokoli tersebut dengan merendamnya dalam air sekurang-kurangnya 30 minit.
- Potong brokoli yang telah dibersih dalam saiz yang kecil.
- Kukus atau rebus brokoli tersebut sehingga lembut.
- Kisar brokoli yang telah lembut dengan menggunakan mesin pengisar (Blender) sehingga mendapat tekstur yang halus.
- Campurkan puri brokoli tersebut dengan air masak atau susu sehingga sebati.
- Siap untuk dihidang dan makan.
5. Puri Kacang Pis
Bahan – Bahan Diperlukan:
- 50g Kacang Pis
- Air Masak / Susu Ibu / Susu Formula Secukupnya
Cara – Cara Membuat:
- Bersihkan kacang pis tersebut dengan membuang kedua-dua bahagian hujung dan urat di tepi kacang pis.
- Potong kacang pis yang telah dibersih dalam saiz yang kecil.
- Kukus atau rebus kacang pis tersebut sehingga lembut.
- Kisar kacang pis yang telah lembut dengan menggunakan mesin pengisar (Blender) sehingga mendapat tekstur yang halus.
- Campurkan puri kacang pis tersebut dengan air masak atau susu sehingga sebati.
- Siap untuk dihidang dan makan.
6. Puri Bayam
Bahan – Bahan Diperlukan:
- 50g Bayam
- Air Masak / Susu Ibu / Susu Formula Secukupnya
Cara – Cara Membuat:
- Bersihkan bayam tersebut dengan merendamnya dalam air sekurang-kurangnya 30 minit.
- Potong bayam yang telah dibersihkan dalam saiz yang kecil.
- Rebus bayam tersebut sehingga lembut.
- Kisar bayam yang telah lembut dengan menggunakan mesin pengisar (Blender) sehingga mendapat tekstur yang halus.
- Campurkan puri bayam tersebut dengan air masak atau susu sehingga sebati.
- Siap untuk dihidang dan makan.
Penyediaan puri sayur-sayuran ini amatlah mudah dan tidak mengambil masa yang lama. Jika bayi anda menyukai puri ini, anda boleh pula mencuba menggabungkan rasa dan bahan dalam setiap puri. Selamat mencuba.
Minat makan, mendorong penulis kepada minat memasak.
Mencuba dan mengolah resipi, seterusnya menulis resipi masakan yang enak untuk dikongsi.