UtamaResepi Makanan Barat Kepak Ayam Masak BBQ

Kepak Ayam Masak BBQ

Posted in : Makanan Barat on by : Nor Rabiatul Adawiyah

Kepak Ayam Masak BBQ merupakan salah satu menu yang sangat lazat yang mana ianya memberikan gabungan rasa pedas dan manis dalam hidangan anda. Kali ini, kami akan berkongsi resepi Kepak Ayam Masak BBQ yang lazat untuk anda semua.

Bahan Masakan

  • 12 Ketul Kepak Ayam
  • 6 Bawang Putih (dikisar halus)
  • 4 Sudu Besar Madu
  • 2 Sudu Besar Sos BBQ
  • 3 Sudu Besar Cili Sos
  • 2 Sudu Besar Kicap Pekat Manis
  • 2 Sudu Besar Sos Tiram
  • 1 Sudu Kecil Serbuk Lada Hitam
  • 2 Sudu Besar McCormick Chicken Seasoning
  • Minyak Masak Secukupnya (4 Sudu Besar Minyak Masak untuk memasak di dalam oven)
  • Sedikit Bijan (disangai untuk hiasan)

Cara Penyediaan Kepak Ayam Masak BBQ

  1. Perapkan kepak ayam bersama semua bahan diatas kecuali minyak masak selama 2 atau 3 jam.
  2. Panaskan minyak dan goreng kepak ayam yang siap diperap di atas api yang sederhana sehingga cukup masak. Angkat dan toskan minyak.
  3. Sekiranya anda ingin masak menggunakan oven, masukkan minyak masak ke dalam perapan tersebut dan gaul rata. Bakar selama 10 minit pada suhu 220°C. Kemudian, sapu baki air perapan pada kepak ayam tersebut dan bakar sekali lagi selama 5 minit pada suhu 180°C.
  4. Siap untuk dihidang dan dimakan.

Menu Kepak Ayam BBQ ini memang sangat menyelerakan dan penyediaannya pula amatlah mudah. Bagi penggemar ayam BBQ, anda boleh mecuba resepi ini untuk menu hidangan anda. Untuk menu yang seterusnya, kualisudip.com telah menyediakan menu Ayam Masak Butter untuk anda semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *